Languages: Others

Stesen wuduk untuk OKU, warga emas

sahala1
Pengarah Urusan Meas Tech, Rozilawati Ibrahim bersama produk tempat berwudhuk bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pada Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Asyraf Hamzah

 

 

Kuala Lumpur: Meskipun kebanyakan tempat awam disediakan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), tetapi golongan terbabit tetap berdepan masalah hingga menyukarkan mereka menggunakannya tanpa dibantu orang lain.

Bagi mengatasi masalah itu, kini 20 masjid di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kedah disediakan stesen wuduk dilengkapi inovasi mudah diakses pada kerusi roda dan sistem aliran air secara menyeluruh bagi memudahkan OKU, warga emas dan wanita hamil melakukan sendiri.

Pengarah urusan Meas-Tech Solutions Sdn Bhd, Rozilawati Ibrahim, berkata projek diperkenalkan sejak 2016 lalu, selepas dua tahun menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memuktamadkan rekaan, sistem pengaliran air dan akses kepada pengguna kerusi roda.

Katanya, projek ini dibangunkan golongan terbabit kerana mereka tidak perlu berjalan jauh untuk ke tempat wuduk kerana ia ditempatkan di ruangan utama seperti pintu masuk masjid.

Kemudahan tempat wuduk itu menggunakan sistem air pancur berbilang arah bagi memastikan percikan air terkena kepada seluruh anggota kaki.

Kaedah ini adalah praktikal dengan binaan kukuh sekali gus tidak mengundang risiko ia terbalik terutama apabila dilanggar kerusi roda.

sahala2
Pengarah Urusan Meas Tech, Rozilawati Ibrahim bersama produk tempat berwudhuk bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pada Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Asyraf Hamzah

“Sebelum ini golongan istimewa itu sukar mengambil wuduk sendiri. Oleh itu, kami melakukan inovasi untuk membangunkan stesen wuduk yang diberi nama Sahala, boleh diakses pada kerusi roda dan mempunyai sistem aliran air menyeluruh.

“Reka cipta inovasi terbaru stesen wuduk Sahala yang membolehkan OKU mengambil wuduk sambil duduk sama ada di kerusi roda atau kerusi statik, iaitu tidak perlu di tempat mengambil wuduk seperti kelazimannya,” katanya kepada BH Online.

Beliau berkata, selama ini kita memang ada kemudahan seperti cerun kerusi roda di tempat wuduk di kebanyakan surau, namun golongan terbabit terlihat terkial-kial menyempurnakan wuduk hingga kebanyakan pakaian mereka basah akibat percikan air.

Katanya, pihaknya berharap ada syarikat korporat yang sudi menjadi penaja untuk membolehkan lebih banyak surau dan masjid dapat disediakan kemudahan terbabit.

“Kemudahan dan akses untuk golongan sasar seperti OKU seharusnya dibuat dalam pelbagai aspek termasuk kemudahan untuk beribadat. Golongan itu tidak seharusnya dipinggirkan demi menjaga keselamatan mereka yang mungkin tercedera ketika mengambil wuduk,” katanya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US