Languages: Others

Himpunan penggiat seni untuk jadi usahawan

 

Bagi membantu para penggiat seni menyediakan diri dalam bidang keusahawanan, organisasi hub hiburan seranta, Media House Entertainment (MHE) menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni pada 30 Mac ini pukul 5 petang di Dewan Utusan, Jalan Chan Sow Lin.

Program tersebut yang mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dijangka bakal dihadiri oleh ramai penggiat seni tanahair dalam lapangan masing-masing.

Program ini akan dirasmikan sendiri oleh Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang akan meluangkan masa sepetang bersama para penggiat seni yang hadir.

Objektif utama program ini adalah bagi memberi peluang perniagaan yang bersesuaian untuk diceburi penggiat seni.

Selain itu, ia memberi ruang kepada pihak Kementerian memberi penerangan tentang geran, bantuan atau khidmat nasihat yang berkaitan.

Menerusi program tersebut, MHE selaku pengantara antara pihak Kementerian dan penggiat seni, mahu memberi laluan mudah kepada kalangan artis untuk membina kerjaya sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Kedudukan mereka dalam profesion glamor dan dikenali ramai ketika usia masih muda wajar digunakan sepenuhnya untuk pembabitan dalam bidang keusahawanan, demi masa depan yang lebih cemerlang pada usia tua mereka.

Dengan pengaruh dan nama yang ada, golongan ini harus memanfaatkan sepenuhnya peluang bagi meraih pendapatan lebih lumayan pada masa depan.

Justeru selaku penganjur, MHE menjemput seberapa ramai penggiat seni di Malaysia ini untuk hadir bertemu dengan pihak kementerian kerana menerusi segmen tersebut, ia akan menjadi medan pengumpulan maklumat kepada artis dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

Peluang itu terbuka bukan sahaja kepada individu yang telah menjalankan perniagaan malah buat yang sedang berjinak-jinak dalam perniagaan.


Untuk yang masih ragu-ragu tentang hala tuju perniagaan yang hendak diceburi, mereka turut dialu-alukan ke program ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Program yang dianjurkan ini adalah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan golongan selebriti. Sesi perbincangan antara Menteri dengan golongan selebriti akan diadakan secara santai selepas majlis berakhir, kita namakan sebagai Kopi Kopi Bersama Pak Wan.

“Di situ, mereka boleh menanyakan apa sahaja persoalan berkaitan bidang perniagaan.

“Semua jenis maklumat akan disalurkan pada satu tempat kerana semua agensi kementerian terbabit akan hadir untuk menyalurkan informasi,” kata Pengarah Urusan MHE, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar.

Antara agensi yang bakal terbabit dalam majlis berkenaan adalah Tekun Nasional dan Bank Rakyat di bawah Kementerian bagi memberi penerangan tentang fungsi agensi di bawah Kementerian demi kebaikan bersama.

 

 

RONGGENG MHE

Sebelum itu, seiring dengan program keusahawanan tersebut di lokasi yang sama, turut dianjurkan program Ronggeng MHE iaitu acara berzumba sebagai galakan mengamalkan gaya hidup sihat yang terbuka kepada umum bermula pukul 9 pagi.

Artis popular tanah air iaitu Fauziah Latiff dan Watie Elite bakal menyerikan majlis dan berzumba beramai-ramai dengan para peserta dan mereka juea berpeluang beramah mesra dengan dua artis tersebut.

Senaman zumba yang akan berlangsung dalam tempoh tiga jam itu dikendalikan oleh zin profesional yang akan turut berkongsi cara mudah mengamalkan zumba kepada semua peserta.

Ronggeng MHE ini adalah acara bulanan anjuran MHE yang bertujuan mahu memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Ia kelak akan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk ke luar Kuala Lumpur.

Pada hari yang sama juga, pertandingan akhir Worldstars Championship Road To Hollywood (WCOPA) turut diadakan bermula pukul 2 petang dengan 50 penyertaan dari seluruh negara.

Mereka yang menjuarai WCOPA ini bakal bertanding di Los Angeles bersaing dengan bakat-bakat hebat dari seluruh dunia.

Orang ramai dijemput terlibat dalam program zumba atau membuka gerai jualan pada hari tersebut. Wang penyertaan sebangak RM30 dikenakan bagi menyertai program Ronggeng MHE dan RM150 bagi sewaan gerai jualan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi talian 010-2858494 atau ikut perkembangan terkini di laman web www.mhetv.my serta laman sosial MHE TV.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/himpunan-penggiat-seni-untuk-jadi-usahawan-1.857907#ixzz5hvdD4T7T 
© Utusan Melayu (M) Bhdee

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US