Languages: Others

Bangkit dari kegagalan

 

 

Minat dan semangat sahaja tidak cukup untuk bertahan dalam dunia perniagaan, sebaliknya perlu disulami dengan ilmu dan pengetahuan sehinggakan tiada istilah berhenti belajar bagi seorang ahli perniagaan.

Itu antara pengajaran penting bagi usahawan minyak wangi jenama Fieriche, Heryannorhafiza Mohamad yang pernah ‘terduduk’ apabila perniagaan restorannya terpaksa ditutup selepas dua tahun beroperasi dan menanggung kerugian besar.

PURATA jualan minyak wangi kini mencecah sehingga 40,000 botol
 
PURATA jualan minyak wangi kini mencecah sehingga 40,000 botol sebulan. 

Tidak putus asa, dia kemudian mencuba pula perniagaan membekalkan barang-barang kosmetik dan baju dari Thailand serta mengambil barang di pusat borong untuk dijual semula. Malangnya semua usaha itu turut mengalami nasib sama.

“Selepas pelbagai perniagaan dilakukan gagal, saya memutuskan untuk kerja makan gaji di sektor perbankan. Begitupun, semangat berniaga tidak pernah padam. Jadi, sambil bekerja, saya buat jual beli emas. Saya jual emas secara ansuran pada saudara-mara dan rakan-rakan di tempat kerja.

“Lima tahun kerja makan gaji, saya nekad berhenti kerja kerana berasakan tidak ‘kena’ dengan jiwa. Saya berniaga semula dengan menggunakan duit hasil jualan emas yang saya kumpul sedikit demi sedikit sebagai modal,” katanya.

Heryannorhafiza memutuskan untuk berniaga minyak wangi kerana sejak zaman remaja lagi dia memang ‘gila’ mengumpul minyak wangi. Katanya, dia sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membeli minyak wangi yang digemari.

Mengakui bermula dengan menjadi ejen menjual minyak wangi jenama orang lain, dia mendapati kualitinya tidak mencapai apa yang dimahukan menyebabkannya hanya menjual tetapi tidak menggunakannya.

“Dari situ, saya terfikir kenapa tidak saya hasilkan minyak wangi sendiri yang bukan sahaja berkualiti, bahkan menepati apa yang saya mahukan. Saya juga inginkan minyak wangi yang mempunyai tanda halal dan selamat digunakan.

“Saya mengambil masa enam bulan melakukan ujian makmal bagi mendapatkan bau yang terbaik. Saya sendiri mencari pengilang yang mampu memberikan apa yang saya mahukan. Pada 2016, saya bermula dengan 200 botol kerana modal tidak banyak,” tambahnya.

Beroperasi dari rumah, Heryannorhafiza berusaha menjual dan memasarkan minyak wangi dalam kategori parfume yang diberi nama Fieriche, gabungan namanya dan perkataan Perancis.

Biarpun pada awalnya bergelut dengan masalah modal yang kecil dan kesukaran meyakinkan pengilang, dia berjaya mencapai jualan memberangsangkan, dibantu oleh pengalaman serta rangkaian yang telah dibina ketika menjadi stokis produk orang lain sebelum ini.

Dia juga mula belajar meluaskan jaringan perniagaan iaitu berdaftar dengan Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) yang menasihatkan Heryannorhafiza agar keluar dari zon selesa dengan berusaha beroperasi di premis perniagaan, bukan di rumah.

“Disebabkan pernah gagal banyak kali, saya tidak berani menanggung risiko. Saya takut tidak mampu bayar sewa dan menggaji pekerja. Namun, mereka meyakinkan saya bahawa untuk melangkah lebih jauh, saya tidak boleh sekadar beroperasi dari rumah.

“Ternyata betul kata-kata mereka kerana setelah saya menyewa kedai, peluang perniagaan semakin terbentang luas. Apabila ada premis sendiri, semakin mudah untuk meyakinkan stokis dan pengedar. Perniagaan saya juga mendapat penarafan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya.

Malah, baru-baru ini Heryannorhafiza berjaya memperoleh sokongan dan geran perniagaan berjumlah lebih RM30,000 dari SME Corp. Negeri Sembilan untuk membolehkannya meluaskan perniagaan dengan menambah jenis produk dan menghasilkan kotak minyak wangi yang lebih eksklusif.

Bermula dengan parfume (30ml) dengan lapan bau berbeza, wangian jenama itu kini boleh diperoleh dalam bentuk EDP (30ml) dan body mist (50 ml) dengan 30 pilihan bau untuk lelaki dan wanita selain pewangi kereta dan rumah.

Diedarkan melalui sistem stokis, dia kini memiliki lebih 50 stokis dan ejen di seluruh negara termasuk seorang ejen di Jakarta. Purata jualan setakat ini adalah antara 30,000 hingga 40,000 botol sebulan. Bermula dengan modal hanya RM14,000, anggaran nilai perniagaannya kini meningkat kepada RM200,000.

Ditanya tentang perancangan masa depan, selain ingin memiliki pasukan kerja yang lebih ramai, wanita itu juga mahu melihat Fieriche bukan sekadar minyak wangi, sebaliknya muncul sebagai jenama rangkaian kecantikan dan produk kosmetik.

“Berniaga tidak boleh berhenti belajar kerana semakin banyak kita belajar, semakin banyak benda yang kita boleh baiki. Lingkungan kita juga penting. Sebab itu saya suka bercampur dengan orang yang lebih berjaya untuk menjadi dorongan mencapai lebih baik dari mereka,” katanya yang boleh dihubungi di talian 019-9872796 atau melalui media sosial Facebook dan Instagram: fieriche.

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US