Languages: Others

Usahawan PKS digalak sertai program GEB: SME Corp

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Noor Azmi Mat Said. - NSTP/Saddam Yusoff
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  

MELAKA: Usahawan kecil dan sederhana di negara ini yang menjalankan perniagaan eksport digalakkan menyertai Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dalam usaha memasarkan produk keluaran mereka ke pasaran antarabangsa secara lebih meluas lagi dan memperkukuhkan kedudukan mereka di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Noor Azmi Mat Said, berkata ini kerana pembabitan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera dalam perniagaan eksport agak rendah iaitu sekitar 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kira-kira satu juta usahawan PKS di negara ini.

"Kita perlu meningkatkan jumlah penglibatan usahawan PKS bumiputera kerana mereka kini lebih tertumpu kepada pasaran tempatan untuk memasarkan produk.

"Kebanyakan mereka juga tertumpu pada perniagaan makanan dan minuman atau 'ready to eat' dan hanya sekitar 30 peratus daripada keseluruhan usahawan bumiputera PKS terlibat dalam pasaran domestik," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Dobi Layan Diri Usahawan PKS di Taman Angkasa Nuri, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Mengenai program GEB, Noor Azmi berkata usahawan PKS bumiputera yang layak akan dibantu dari segi kemudahan pembiayaan sewa premis, pembangunan jenama produk menerusi pengiklanan, pemasaran dan pensijilan negara luar yang membabitkan peruntukan sehingga RM500,000.

SME Corp turut menggalakkan usahawan bumiputera meneroka bidang perniagaan baharu khususnya sektor digital dan produk inovasi seiring dengan perkembangan perniagaan tempatan dan antarabangsa ketika ini, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak RM16.7 juta telah diperuntukan di bawah geran Program Peningkatan Perusahaan Bumiputera (BEEP) di Melaka melibatkan 116 syarikat PKS dengan jumlah 165 projek yang diluluskan dalam tempoh enam tahun bermula 2013.

Pada tahun ini, sebanyak RM250,046 diluluskan di bawah geran BEEP untuk 18 syarikat di Melaka membabitkan kos permohonan sebanyak RM500,095.60.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US