Languages: Others

Penubuhan SUPER Bantu Perkasa Usahawan Di Perak

Penubuhan SUPER Bantu Perkasa Usahawan Di Perak

IPOH: Bagi membantu memperkasakan lagi bidang keusahawanan di Perak, kerajaan negeri hari ini melancarkan penubuhan Sekretariat Pembangunan Keusahawanan Negeri Perak atau SUPER.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sekretariat tersebut akan dianggotai wakil daripada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang bakal berperanan sebagai pangkalan data kepada para usahawan.

Katanya, SUPER akan ditempatkan di Pusat Pembangunan Usahawan (PPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Bandar Meru Raya yang mana pusat tersebut turut akan dijadikan sebagai pusat sehenti kepada usahawan dan bakal usahawan untuk mendapat maklumat berkaitan inisiatif kerajaan, pembiayaan serta pinjaman kewangan.

 

 

Jelasnya antara agensi kerajaan negeri yang terlibat ialah Yayasan Perak, PKNP, serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).

Manakala agensi kerajaan persekutuan yang tersenarai sama ialah SME Corporation Malaysia (SME Corp), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Tekun Nasional.

“Saya percaya dengan bermulanya perkhidmatan yang diberikan oleh SUPER melalui pusat sehenti ini, ia akan dapat membantu lebih ramai golongan usahawan.

“Saya hari ini berbangga apabila mengetahui ramai dalam kalangan mereka yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Pusat sehenti ini juga diharap bukan sahaja mampu mengesyorkan padanan perniagaan dalam antara agensi dengan usahawan malah ia juga dapat dilakukan antara sesama usahawan,” katanya.

 

 

Selain itu ujar Menteri Besar penglibatan Yayasan Perak dalam usaha tersebut juga sebahagian daripada rentetan peruntukan RM5 juta kepada Bantuan Tabung Usahawan, menerusi pembentangan Belanjawan Negeri 2019.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran SUPER di Pusat Pembangunan Usahawan PKNP dekat Meru Raya, di sini, hari ini.

 

 

Pada majlis sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata dengan adanya inisiatif sedemikian, ia bakal menjadi pemudah cara kepada para usahawan di negeri ini.

“Pusat ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ruang informasi. Sekretariat ini juga akan menjadi penyelaras kepada program-program latihan, seminar dan kursus keusahawanan bagi membolehkan para usahawan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.

“Program seperti bengkel pensijilan halal, pembiayaan perniagaan, pemasaran produk, padanan perniagaan adalah antara program yang ditawarkan melalui sekretariat ini,” ujarnya.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US