Languages: Others

Belia masyarakat Orang Asli diseru ceburi bidang keusahawanan

MELAKA, 4 Okt — Golongan belia dalam kalangan masyarakat Orang Asli diseru menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka sekali gus dapat bersama menikmati arus kemodenan negara setanding dengan masyarakat lain di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, penglibatan mereka dalam bidang itu juga sebagai langkah meningkatkan keyakinan diri dan membuktikan golongan berkenaan mampu bersaing secara produktif dalam arus pembangunan negara.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan telah memperuntukkan RM2 juta bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan Orang Asli pada tahun ini melalui bantuan pembinaan premis perniagaan, peralatan perniagaan dan kursus serta seminar keusahawanan.

“Kita didik golongan ini supaya menjadi usahawan yang berjaya, setiap tahun kita harapkan agar lebih ramai peserta daripada masyarakat Orang Asli melibatkan diri dalam bidang ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2019 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Prof Dr Juli Edo.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Waytha berkata selain bantuan daripada Jabatan Perdana Menteri dan JAKOA, usahawan Orang Asli juga berpeluang menerima bantuan daripada agensi lain seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan SME Corporation.

Katanya, kerajaan akan terus memperkasakan ekonomi koperasi melalui perniagaan organisasi seperti koperasi dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam menyediakan latihan dan kursus kepada Ahli Lembaga Koperasi Orang Asli.

“Sehingga kini terdapat 94 koperasi Orang Asli yang telah didaftarkan di bawah SKM dengan keahlian seramai hampir 14,000 orang.

“Mengikut data pendaftaran SKM, darioada jumlah itu, Pahang mempunyai bilangan paling tinggi koperasi iaitu sebanyak 48 koperasi Orang Asli, diikuti Perak (25) dan Johor (lapan),” katanya.

Tambahnya Karnival Usahawan Orang Asli 2019 yang diadakan selama tiga hari sehingga Ahad ini merupakan platform terbaik bagi seramai 29 usahawan Orang Asli dari seluruh negara memperkenalkan keunikan produk keusahawan, kebudayaan dan tradisi mereka.

-- BERNAMA

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US