Languages: Others

Usahawan ASEAN perlu ambil peluang kerjasama tingkatkan pertumbuhan IKS

KUALA LUMPUR - Negara-negara Asean perlu meneroka dan bijak mengambil peluang meningkatkan kerjasama melalui pembangunan dana pelaburan bagi mempercepat pertumbuhan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serantau.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof, terdapat pelbagai elemen pembangunan yang dikenalpasti seperti pembangunan kapasiti, teknologi, inovasi, latihan modal insan dan akses kepada sumber kewangan.

Datuk Seri Redzuan ketika menyempurnakan bengkel 'SME Access To Alternative Sources of Finance in Asean' berkata, kementeriannya mendukung penganjuran bengkel seumpama ini.

Ini memandangkan sumber kewangan merupakan aspek paling kritikal bagi pembangunan usahawan PKS.

Bengkel 2 hari ini dianjurkan kerajaan Kanada dengan kerjasama Organisation of Economic Co-Operation and Development (OECD) SME Corporation Malaysia dan Sekretariat negara-negara Asean.

Ia disertai 37 penceramah dan 100 peserta dari negara-negara Asean.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US