Languages: Others

Showcase Usahawan Sarawak di Lawas sasar 40 usahawan PKS

KUCHING: ProgramShowcase Usahawan Sarawak yang akan diadakan di Taman Awam Lawas bermula jam 8 pagi hingga 10 malam dari 21 hingga 23 Februari ini menyasarkan penyertaan 40 usahawan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang dijangka akan menarik seramai 5,000 pengunjung. Menurut kenyataan akhbarnya, ia merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak yang akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 22 Februari di Lawas Kitchen."Ia merupakan salah satu inisiatifKerajaan Sarawak ke arah memperkasa usahawan tempatan dan berfungsi sebagai platform untuk para usahawan memperkenal, mempromosi dan memartabatkan produk serta perkhidmatan usahawan setempat."Pada masa yang sama membantu meningkatkan pendapatan usahawan-usa-

terlibat," kata kenyataannya itu kelmarin. Pelbagai program dan aktiviti menarik menanti pengunjung Program Showcase Usahawan Sarawak® Lawas.Antaranya adalah jualan makanan dan minuman di Lawas Kitchen, jualan produkproduk usahawan tempatan dan pameran pembangunan di ruang pameran usahawan PKS di Gelanggang Bola Keranjang Lawas di sini.Sebanyak 18 jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam pameran pembangunan tersebut iaitu MINTRED Sarawak, Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak.Juga Pejabat Residen Bahagian Limbang dan Pejabat Daerah Lawas, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Termasuk Jabatan Vaterinar Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Majlis Daerah Lawas, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga PembangunanKoridor Wilayah (RECODA), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) dan Sarawak Pay. Pengunjung juga berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti pertandingan video You Tube, beyblade, karaoke terbuka, karaoke kanakkanak, busking, Ratu Kebaya Nyonya dan banyak lagi.Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini terutama warga Lawas, Limbang dan kawasan sekitar.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan MINTRED Sarawak dengan menghubungi Awang Putrayusrie Awang Redzuan menerusitalian 013-5515465, Kamaludin Busrah (017- 7781472), Sabrina Sihas (019-4533835) atau Mas Sila Hassim (019-9801732).

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US