KUALA LUMPUR, 2 Mac - SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan 10 lagi syarikat tempatan menyertai dan bergiat aktif dalam industri dron tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said syarikat tempatan perlu menceburi industri mobiliti udara yang dilihat berkembang pesat sejak kebelakangan ini.
Walaupun SME Corp menyasarkan penambahan sepuluh syarikat lagi ianya bergantung kepada kesediaan pasaran industri untuk menggunakan teknologi yang dicadangkan.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pembukaan Global Drone Conference dan Hackathon 2020 (GDCKL 2020) di Kuala Lumpur.
Sehingga kini 15 syarikat telah bergiat aktif dalam industri dron.
Selain sektor pertanian dan minyak dan gas, sektor pemantauan dan pengawasan juga akan mendapat manfaat dari industri dron ini.