Languages: Others

Memanfaatkan teknologi untuk e-dagang

BAGI kebanyakan usaha wan muda, musim perayaan adalah peluang baik untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan. Tetapi, pada tahun ini Sarawak telah membatalkan bazar Ramadan dan bazar Gawai bagi membcndung penyebaran COVID-19.Sebaliknya, para peniaga dan pengguna digalakkan untuk menggunakan transaksi dalam talian untuk menjual atau membeli makanan serta keperluan lain.Situasi ini seolah-olah menjadikan para usahawan terlepas peluang untuk menjana pendapatan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa pada setiap musim perayaan.

Bagaimanapun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, teknologi telah terbukti amat berkesan dalam membantu perniagaan kecil memanfaatkan modal yang terhad dengan cekap. Berikut adalah beberapa langkah asas teknologi yang anda boleh lakukan sebagai usahawan untuk membantu menjalankan perniagaan anda dalam persekitaran digital: BEKERJA DARI RUMAH Dalam era digital, bekerja dari rumah akan menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan pemilik perniagaan kecil.

Pandangan terhadap bekerja dari rumah telah berubah kerana kebanyakan pemilik perniagaan menyedari bahawa gaya kerja ini membolehkan mereka menjimatkan lebih banyak masa untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja selain dapat mengembangkan rangkaian perniagaan dengan lebih jauh dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Anda juga dapat mengurangkan kos operasi dan mendapatkan lebih banyak pendapatan dan masa untuk mengembangkan perniagaan anda serta menjadi lebih produktif dan cekap.MELIBATKAN DIRI

Sarawa perniagaan kecil mempunyai kehadiran pelanggan yang lebih luas dengan menarik pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Dengan sentiasa berurusan dengan pelanggan, anda boleh memberi mereka gambaran mengenai produk atau perkhidmatan baharu untuk memastikan jenama anda terus kekal dalam fikiran mereka.Oleh kerana media sosial sering digunakan untuk kempen pemasaran, anda juga boleh bekerjasama dengan personaliti media sosial yang berpengaruh

untuk membantu memasarkan produk atau perkhidmatan anda kepada pengikut mereka. GUNAKAN KAEDAH E-BAYARAN Sepanjang tempoh PKP, perbelanjaan dan transaksi dalam talian semakin meningkat dan menjadi lebih mudah untuk kebanyakan orang.Kaedah e-pembayaran bukan sahaja mudah digunakan, tetapi ia juga menawarkan pelbagai pilihan pembayaran seperti perbankan Internet dan e-dompet.Disebabkan ini, pemilik perniagaan kecil boleh mendapat akses untuk pelbagai sasaran pelanggan.

Dengan kata lain, dengan memilih kaedah pembayaran lain (tidak perlu bersua), anda dapat menawarkan produk dan perkhidmatan anda kepada lebih ramai pelanggan. BERGANTUNG PADA AUTOMASI UNTUK LEBIH EFISIEN Perniagaan yang semakin meningkat perlu diberi lebih fokus dan perhatian. Oleh itu, membahagikan tugasan adalah satu langkah bijak supaya anda dapat menumpukan perhatian pada aspek lain dalam perniagaan anda.Kini, terdapat banyak aplikasi yang boleh membantu anda melakukannya.

Contohnya, anda boleh menggunakan aplikasi yang dapat mengautomasikan pernyataan di media sosial yang amat bermanfaat untuk mengekalkan konsistensi dalam pemasaran digital anda. Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! - sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angka tan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakkan anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US