Languages: Others

'Cara berniaga berubah pasca COVID-19'

a hand holding a cellphone: Semakin ramai pelanggan menggunakan peralatan pintar untuk memilih produk yang dikehendaki - Foto BERNAMA© Provided by Berita Harian Semakin ramai pelanggan menggunakan peralatan pintar untuk memilih produk yang dikehendaki - Foto BERNAMAThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu menerima hakikat bahawa cara menjalankan perniagaan akan berubah dan syarikat yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan perniagaan digital akan terus ketinggalan.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata akan berlaku peningkatan ketara adaptasi digital dalam kalangan PKS pasca penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, sebelum ini hanya kira-kira 10 hingga 20 peratus PKS yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya dalam perniagaan, namun angka itu dijangka meningkat sehingga 40 peratus selepas PKP berakhir.

"Selepas COVID-19 berakhir, saya menjangkakan tabiat pengguna akan berubah. Ketika PKP, ramai yang duduk di rumah dan saya merasakan selepas semua ini berakhir, masih ramai yang bimbang untuk ke tempat tumpuan ramai.

"Justeru, pengguna akan memilih untuk membeli dalam talian seperti yang dipraktikkan ketika PKP. Ini adalah perniagaan cara baharu atau model perniagaan normal baharu.

"Syarikat perlu mengubah set minda mereka kepada digital kerana perniagaan tradisional tidak akan berkesan lagi," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kerajaan mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi kepada normal baharu pada masa depan, pasca penularan wabak COVID-19.

Proses pendigitalan, kata Perdana Menteri, akan membabitkan pelbagai aspek, termasuk pendidikan, urusan perniagaan atau e-dagang, e-kerajaan dan dalam kehidupan harian.

Mengulas lanjut Kang berkata, tinjauan yang dilakukan SME Corp baru-baru ini mendapati pada minggu pertama PKP dilaksanakan, hanya enam peratus PKS menjalankan perniagaan dalam talian dan angka itu melonjak kepada 30 peratus fasa ketiga PKP.

"Ini menunjukkan masa depan PKS adalah digital kerana selain mengurangkan kos operasi dengan bilangan pekerja yang sedikit, ia juga berupaya meningkatkan produktiviti syarikat.

"Kelebihan lain ialah perniagaan dalam talian menggunakan wang tunai berbanding kaedah tradisional yang memberikan hutang sehingga tiga bulan kepada peniaga. Ini menjamin aliran tunai syarikat," katanya.

Sementara itu, Kang turut menasihatkan PKS supaya berbincang dengan pekerja, pembekal dan pelanggan mengenai kaedah untuk mengatasi masalah disebabkan pelanjutan PKP.

Katanya, jika syarikat mengalami kekurangan aliran tunai, mereka wajar berbincang dengan pekerja untuk mengurangkan gaji buat sementara waktu dan apabila keadaan kembali pulih, syarikat boleh membayar semula tunggakan gaji itu.

"Jika pekerja tidak mahu bekerjasama, menuntut pembayaran gaji penuh, sudah tentu ia akan membebankan syarikat dan majikan akhirnya terpaksa menghentikan pekerja," katanya.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US