Languages: Others

RM196.3 juta gerakkan Misi #MusaadahCovid-19 seluruh negara

 

SHAH ALAM – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membelanjakan sebanyak RM196.3 juta untuk menyalurkan bantuan kepada 10 kelompok sasar di seluruh Malaysia melalui Misi #MusaadahCovid-19.


Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha-usaha kebajikan melalui #MusaadahCovid-19 telah bermula 18 Mac (sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan) sehingga Mei lalu ke seluruh negara bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Pihak kami melakukan penjelajahan bermula dari negeri Perlis sehingga ke Sabah untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) sepanjang PKP.


“Covid-19 masih menjadi bualan hingga ke hari ini dan kerajaan sudah berbelanja tidak terkira banyaknya bagi memerangi pandemik yang melanda dunia ini,” katanya pada sidang media 100 hari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Sementara itu mengulas lanjut, beliau berkata, sejumlah RM5.3 juta juga diperuntukkan bagi Program Pembiayaan Mikro iTekad untuk menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan asnaf yang kehilangan punca pendapatan dan perniagaan akibat Covid-19.

“Bantuan ini merupakan program kewangan sosial yang bertujuan membantu usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan punca pendapatan dan perniagaan terjejas.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bank Islam dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) membuahkan hasil yang bermanfaat kepada umat Islam,” katanya.

Dalam masa sama, Zulkifli turut menyampaikan Anugerah Khas Imam al-Ghazali, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) kepada Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ustazah Ruzaimah Binti Soriadi kerana memperlihatkan budaya kerja yang cemerlang, produktif, kompetitif dan seimbang duniawi dan ukhrawi.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/88328/BERITA/Nasional/RM1963-juta-gerakkan-Misi-MusaadahCovid-19-seluruh-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US