Languages: Others

PKS sektor ekonomi paling cepat pulih – Wan Junaidi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan bantuan Skim Covid Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) kepada penerima-penerima di Pejabat TEKUN Negeri

 

SHAH ALAM – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) antara sektor ekonomi yang paling cepat untuk dipulihkan selepas terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana industri itu tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding pembuatan.
“Pada saya industri PKS ini dia jauh lebih pantas (pemulihan ekonomi) daripada industri besar.

“Jualan kecil-kecilan di gerai dan sebagainya itu, 2 hingga 3 hari mereka sudah boleh berniaga, tinggal lagi bekalan dan bahan jualan.

“Contohnya kalau dia jual cucur, kuih dia kena goreng dia perlukan bahan (masakan) saja.

“Sebab itu saya banyak tumpu kepada perniagaan kecil-kecilan, mudah dipulihkan, kos rendah untuk ditangani,” katanya pada sidang media di pejabat Tekun Nasional (TEKUN) Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan mock cek Skim Covid-19 Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) kepada peniaga-peniaga yang terjejas selepas tidak dibenarkan berniaga sepanjang tempoh PKP 18 Mac lalu.

Menurut Wan Junaidi, selain ia mudah dipulihkan, PKS juga berupaya menyelesaikan yang sedang dihadapi negara iaitu pengangguran yang disebabkan oleh Covid-19.

“Apa yang penting ialah kuasa membeli manusia keluar dengan sumber kewangan.

“Dalam masa sama juga ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran,” katanya.

Jelasnya, ini kerana industri PKS juga merupakan sektor terbesar dari segi guna tenaga manusia di negara ini.

“PKR mempunyai jumlah pekerja teramai iaitu 69 peratus daripada guna tenaga kerja di seluruh Malaysia.

“PKS telah menjadi penyumbang guna tenaga terbesar di Malaysia, di mana 39 peratus hasilnya menyumbang kepada KDNK negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US