Languages: Others

PKS bangkit paling cepat daripada impak Covid-19

 

KUALA LUMPUR – Sektor PKS adalah golongan yang mampu bangkit paling pantas daripada impak ekonomi pandemik Covid-19 kerana ketangkasan mereka mengguna pakai strategi berbeza untuk bertahan dalam perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, kaji selidik yang dijalankan pihaknya mendapati kira-kira 73 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini akan merekodkan kerugian pada tahun 2020 namun sebahagian besar daripada mereka mampu pulih dalam tempoh kurang setahun.

Menurut beliau, 17 peratus daripada PKS yang terjejas percaya mampu bangkit semula dalam tempoh kurang tiga bulan, dan kebanyakan mereka hadir daripada sektor makanan dan minuman, pendidikan swasta serta perkhidmatan peribadi.

” Sebanyak 69 peratus lagi kumpulan percaya boleh mencatatkan pemulihan antara tempoh tiga bulan sehingga setahun antaranya daripada sektor runcit, kesihatan dan tekstil.

“Kebangkitan mereka ini disokong oleh 24 inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan sebanyak RM14.5 bilion yang memberikan kesan langsung kepada PKS antaranya melibatkan bantuan kewangan dan moratorium pembayaran pembiayaan bagi meringankan tekanan terhadap aliran tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai prestasi PKS tahun 2019 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Menara Bank Rakyat di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, terdapat juga PKS yang memerlukan masa lebih lama untuk pulih seperti daripada sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat ketiadaan pelancong dari luar negara.

“Sektor PKS ini mampu cepat berubah dan beradaptasi dengan perkembangan semasa, contohnya ada agensi pelancongan yang mengubah operasi kepada perniagaan online dan sektor logistik bagi memenuhi permintaan terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Sementara itu, Uzir berkata, sektor PKS mampu menjadi penampan ekonomi negara kerana mereka lebih banyak bergantung kepada permintaan domestik, berbanding sektor utama yang bergantung kepada permintaan luar.

 

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US