Languages: Others

Penjana bantu PKS pulih lebih cepat

40 inisiatif di bawah Penjana bagi rancangan jangka pendek, 24 inisiatif bernilai RM14.5 bilion dilihat mampu memberi lonjakan kepada aktiviti ekonomi PKS yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2020.

 

INISIATIF Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan kerajaan pada Jun bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dilihat mampu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulihkan perniagaan yang terjejas.

Berdasarkan kaji selidik SME Corp Malaysia terhadap 982 responden baru-baru ini, sebanyak 17 peratus daripada PKS yakin bahawa perniagaan mereka mampu pulih dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, dipacu oleh inisiatif Penjana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rizal Nainy berkata daripada 40 inisiatif di bawah Penjana bagi rancangan jangka pendek, 24 inisiatif bernilai RM14.5 bilion dilihat mampu memberi lonjakan kepada aktiviti ekonomi PKS yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Majoriti daripada 17 peratus PKS yang dijangka pulih dalam tempoh tersebut (tiga bulan) adalah sektor makanan dan minuman,” katanya pada sidang media mengenai prestasi PKS bagi 2019, hari ini.


Sementara itu, katanya 69 peratus daripada responden yang terdiri daripada sektor tekstil, pemborongan dan peruncitan berpendapat bahawa perniagaan mereka mampu pulih dalam tempoh tiga hingga 12 bulan.

Bagi PKS yang terjejas teruk khususnya yang terlibat dalam sektor pelancongan dan sektor berkaitan, Rizal berkata ia diunjur akan pulih dalam tempoh melebihi setahun.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara inisiatif utama yang diperkenalkan di bawah Penjana adalah bantuan kewangan, tempoh pinjaman moratorium untuk mengurangkan tekanan aliran tunai, insentif cukai dan Program Subsidi Upah yang membantu meringankan impak buruk dan memberi dorongan kepada pertumbuhan PKS.

“Mengenai masa depan, impak ekonomi yang muncul daripada pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akan memberi impak kepada prestasi PKS pada 2020.

“Merujuk data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 4,542 syarikat telah ditutup dalam tempoh 1 April hingga 19 Julai 2020. Bagaimanapun, 82,555 perniagaan baharu didaftarkan dalam tempoh yang sama,” katanya.

Justeru, beliau berkata cabaran pada masa ini bergantung kepada kepantasan PKS di Malaysia menggunakan strategi berbeza untuk bertahan dalam normal baharu dengan memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka, membangunkan pelan kesinambungan perniagaan serta bekerjasama rapat dengan institusi kewangan untuk menguruskan kedudukan tunai. – Bernama, 3 Ogos, 2020.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US