Languages: Others

Aktiviti pengambilalihan, penggabungan PKS dikecualikan duti setem

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi pengecualian duti setem kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) untuk terus menyokong PKS yang terjejas berikutan penularan COVID-19.

Insentif itu dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp Malaysia dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SME Corp dalam satu kenyataan berkata, insentif pengecualian duti setem itu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi aktiviti M&A itu dalam usaha untuk membina keupayaan syarikat tempatan dan menyokong PKS yang terjejas dalam landskap semasa yang mencabar.

Insentif berkenaan telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

"Insentif ini dikhaskan kepada PKS milikan penuh rakyat Malaysia dalam semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

"Ia diwujudkan untuk membantu membina keupayaan syarikat tempatan dan menggalakkan penggabungan antara dua entiti PKS atau pengambilalihan entiti PKS oleh entiti PKS yang lain untuk menjadi satu entiti perniagaan baharu yang lebih besar melalui suratcara dan kontrak undang-undang," kata kenyataan itu.

 

Kerajaan, katanya, melihat usaha penggabungan dan pengambilalihan di kalangan PKS itu dapat membantu memperkasakan keupayaan PKS dan mengelakkan berlakunya kemerosotan syarikat kesan daripada penularan wabak COVID-19 dengan

memperkukuhkan akses kepada dana dan aset berharga untuk pembangunan baharu.

Selain itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada entiti perniagaan baharu untuk berkongsi dan mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tambahan, serta kakitangan yang berkualiti, di samping mengurangkan kos.

"Pengecualian duti setem ke atas instrumen bagi aktiviti M&A ini merangkumi kos Kontrak atau Perjanjian untuk penjualan atau pajakan harta tanah (termasuk tanah, bangunan, mesin dan peralatan); Suratcara Pemindahan dan Memorandum Persefahaman; Pinjaman atau Perjanjian Pembiayaan; dan Perjanjian Penyewaan Pertama.

 

"Permohonan insentif ini hanya layak bagi PKS yang melaksanakan aktiviti M&A dalam tempoh antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 sahaja. Borang permohonan insentif ini boleh dimuat turun melalui laman web SME Corp Malaysia di www.smecorp.gov.my dan permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021.

Sebarang pertanyaan berkaitan insentif ini boleh diajukan ke Talian Hotline PSK MEDAC di 1-300-88-1020 atau Talian Info SME Corp. Malaysia di 1-300-30-6000 atau

emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US