Languages: Others

Kerajaan sediakan insentif kepada PKS untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp menyediakan insentif pengecualian duti setem kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang bertujuan membantu memperkasakan keupayaan PKS.


Insentif, dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu turut bertujuan mengelakkan berlakunya kemerosotan syarikat kesan daripada penularan pandemik COVID-19 melalui langkah memperkukuh akses kepada dana dan aset berharga untuk pembangunan baharu.

"Pengecualian duti setem ke atas instrumen bagi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan ini merangkumi kos kontrak atau perjanjian untuk penjualan atau pajakan hartanah (termasuk tanah, bangunan, mesin dan peralatan); surat cara pemindahan dan memorandum persefahaman; pinjaman atau perjanjian pembiayaan; dan perjanjian penyewaan pertama,” menurut kenyataan bersama MEDAC dan SME Corp yang dikeluarkan hari ini.

 

Kedua-dua pihak berkata permohonan insentif ini hanya layak bagi PKS yang melaksanakan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan dalam tempoh 1 Julai, 2020 hingga 30 Jun, 2021 sahaja.

“Ia dikhaskan kepada syarikat PKS milikan penuh rakyat Malaysia dalam semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian," menurutnya.


Insentif ini diwujudkan untuk membantu membina keupayaan syarikat tempatan dan menggalakkan penggabungan antara dua entiti PKS atau pengambilalihan entiti PKS oleh entiti PKS yang lain untuk menjadi satu entiti perniagaan baharu yang lebih besar melalui surat cara dan kontrak undang-undang, katanya.

 

MEDAC dan SME Corp berkata, insentif yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan membina keupayaan syarikat tempatan dan menyokong PKS yang terjejas dalam landskap semasa yang mencabar ini.

Selain itu, aktiviti ini memberi peluang kepada entiti perniagaan baharu untuk berkongsi dan mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tambahan, serta kakitangan yang berkualiti, di samping mengurangkan kos, menurutnya.

Borang permohonan insentif ini boleh dimuat turun melalui laman web SME Corp di www.smecorp.gov.my dan permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai, 2021.

Sebarang pertanyaan berkaitan insentif ini boleh diajukan kepada Talian Hotline PSK MEDAC di 1-300-88-1020 atau Talian Info SME Corp Malaysia di 1-300-30-6000 atau e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. - Bernama

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US