KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Kerajaan komited menyalurkan bantuan bersesuaian bagi memastikan para usahawan mampu bertahan dalam menghadapi cabaran impak COVID-19.
Justeru, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedia memberi bimbingan kepada para usahawan.
Menterinya Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi satu kenyataan menjelaskan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menawarkan konsultasi percuma seperti e-Biz Klinik.
Menerusinya, peniaga boleh berkongsi isu dan masalah secara bersemuka dengan kaunselor terpilih.
Agensi lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SME Corp dan Institusi Kemahiran MARA turut menawarkan latihan dan perkhidmatan untuk membantu mereka mendapatkan bimbingan keusahawanan.