Languages: Others

COVID-19: Pelbagai bantuan, latihan disediakan kepada usahawan terjejas perniagaan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tiga kanan) diiringi Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee (dua kanan)
dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (kanan) menyampaikan bantuan geran pembangunan PKS pada Majlis Perasmian Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB)
dan Penyerahan Bantuan Kewangan Program Pembangunan PKS SME Corp Malaysia. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi


KUALA LUMPUR: Usahawan yang ingin memulihkan dan mengembangkan perniagaan berpeluang memohon pelbagai bantuan dan latihan yang disediakan oleh pelbagai agensi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corporation Malaysia (SME Corp) melaksanakan pelbagai program dan terbuka kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak termasuk belia, wanita serta golongan yang berkeperluan khas seperti Orang Kurang Upaya (OKU).

"Hasrat kami supaya program seperti ini dapat membantu mengukuhkan kedudukan sosio-ekonomi golongan asnaf ini.

"Mungkin kali ini mereka menerima zakat. Insya-Allah pada masa akan datang, apabila kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh kerana perniagaan mereka lebih berjaya, mereka pula akan menjadi penyumbang zakat," katanya ketika berucap merasmikan Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) di sini, hari ini.


TUB yang dianjurkan oleh MEDAC melalui SME Corp dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menyasarkan usahawan Baitulmal yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan, dan keutamaan diberikan kepada usahawan Baitulmal yang terjejas perniagaannya akibat COVID-19.

Menurut Pengerusi SME Corp Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, program TUB itu juga dirangka bagi membantu menaik taraf kehidupan melalui aktiviti keusahawanan agar mampu menjana pendapatan jangka panjang serta membina daya tahan dan jati diri dalam menjalankan perniagaan.

"Hasil daripada program ini, peserta berjaya menjana nilai jualan terkumpul bernilai RM1.32 juta," katanya.

Syed Hussien yang juga pengerusi MAIWP berkata program itu dilaksanakan secara rintis dengan melatih 84 usahawan pada 2019.

"Daripada jumlah terbabit, 18 peserta yang dahulunya penerima zakat mula menjadi pembayar zakat.

"Manakala, pada tahun ini, seramai 50 usahawan akan dilatih secara dalam talian bermula 13 hingga 22 Disember 2020," katanya.

Bagi mengukuhkan kerjasama menyediakan latihan dan bimbingan kepada golongan asnaf dan B40, turut berlangsung sesi pertukaran dokumen kerjasama antara SME Corp, MAIWP dan Bank Islam Malaysia Bhd bagi Program TUB dan Program Pembiayaan Mikro yang khusus untuk usahawan mikro daripada golongan B40 dan asnaf yang kehilangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Program Pembiayaan Mikro ini menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pembiayaan pinjaman sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan mikro yang terjejas untuk bangkit dan membina semula perniagaan mereka. – BERNAMA

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US