Languages: Others

Program TUB lonjak daya keusahawanan usahawan Baitulmal

 

Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp. Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya menganjak paradigma usahawan Baitulmal daripada penerima zakat kepada pembayar zakat.

 

MEDAC dalam kenyataan berkata, TUB menyasarkan usahawan Baitulmal yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan, dan keutamaan diberikan kepada usahawan Baitulmal yang terjejas perniagaannya akibat Covid-19.

“Selain itu program ini juga dirangka bagi membantu menaik taraf kehidupan melalui aktiviti keusahawanan agar mampu menjana pendapatan jangka panjang serta membina daya tahan dan jati diri dalam menjalankan perniagaan.

“Hasil daripada program ini, peserta telah berjaya menjana nilai jualan terkumpul bernilai RM1.32 juta,” katanya.

 

Sementara itu, Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usahawan yang ingin memulihkan dan mengembangkan perniagaan berpeluang memohon pelbagai bantuan dan latihan yang disediakan oleh pelbagai agensi.

“Sebagai contoh, MEDAC melalui SME Corp melaksanakan pelbagai program dan ia terbuka kepada PKS yang layak termasuk belia, wanita serta golongan yang berkeperluan khas seperti Orang Kurang Upaya (OKU).

“Hasrat kami agar program seperti ini dapat membantu memperkukuhkan kedudukan sosio ekonomi golongan asnaf ini. Mungkin kali ini mereka menerima zakat.

 

“Insya-Allah pada masa akan datang, apabila kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh kerana perniagaan mereka lebih berjaya, mereka pula akan menjadi penyumbang zakat,” katanya.

 

-NIAGATIMES

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US