Languages: Others

18,000 peluang pekerjaan baharu

 

Kuala Lumpur: Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyasarkan untuk mengembangkan portfolio francaisnya sebanyak 400 peratus melalui kelulusan pembiayaan kepada kira-kira 5,000 usahawan membabitkan nilai RM700 juta dalam strategi lima tahun PNS.

Usaha ini dijangka menghasilkan 18,000 peluang pekerjaan baharu dan bakal menyumbang RM4.4 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Bagi mencapai hasrat itu, PNS akan mewujudkan ekosistem francais yang lebih berkesan dengan rantaian nilai yang menyeluruh disokong oleh teknologi digital di samping memperkasakan pembangunan sosioekonomi golongan Bumiputera melalui bidang keusahawanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keusahawanan francais mampu membantu usahawan Bumiputera dalam meningkatkan tahap sosioekonomi mereka khususnya melalui Program Business-In-Transformation (BIT) yang menggalakkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui francais.

Katanya, sejak 2005, PNS sudah mengeluarkan jumlah pembiayaan sebanyak RM463 juta kepada 2,529 usahawan.

"Kerjasama antara Medac dan PNS membuktikan pihak kementerian dan agensi komited mewujudkan rangkaian kerjasama bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang mengadaptasi konsep perniagaan seperti ini.

"Langkah ini dilihat mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam kalangan entiti Bumiputera untuk meneroka bidang keusahawanan francais," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor berkata, industri francais tempatan mempunyai potensi besar untuk diteroka dan usahawan khususnya usahawan mikro perlu berani mengambil langkah proaktif untuk menceburi industri francais terutama dalam mengadaptasi digitalisasi.

 

Menurutnya, Program BIT memfokuskan pembangunan perniagaan mikro bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui francais.

"Program BIT dapat membantu usahawan mikro berpotensi untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan industri francais khususnya ketika pasca Covid-19.

"Untuk tahun ini, PNS bakal melancarkan dua inisiatif baharu iaitu Projek Xcelerator dan Projek Be Your Own Boss (BYOB) yang menyasarkan lima usahawan francais tempatan dan 1,000 francaisi.

"PNS memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk projek ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing dengan memperkukuhkan lagi penyertaan dari usahawan Bumiputera, belia, wanita dan siswazah dengan menawarkan panduan dan latihan komprehensif, pembiayaan serta akses kepada pasaran semasa," katanya.

 

Melalui Program BIT, PNS sudah membangunkan sebanyak 127 perniagaan pra-francais di mana usahawan dilatih untuk mengembangkan perniagaan mereka menjadi jenama francais tempatan berjaya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US