Languages: Others

Sejumlah 350 temu janji MeetME dibuka untuk usahawan

a man wearing a suit and tie: (Gambar fail) Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy. - BERNAMA© Provided by Berita Harian (Gambar fail) Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy. - BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan MeetME yang terdapat dalam Portal MyAssist MSME mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 350 slot temu janji telah dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata MeetME membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari seluruh negara mengakses kemudahan khidmat nasihat secara dalam talian memandangkan keadaan semasa yang membataskan pergerakan.

 

PKS katanya, boleh menggunakan platform MeetME bagi mengutarakan pelbagai persoalan kepada Kaunselor Perniagaan SME Corp Malaysia seperti topik berkaitan pengurusan kewangan, pemasaran, undang-undang, pembiayaan, eksport, pengurusan tenaga kerja, operasi. pensijilan, penjenamaan, pembungkusan, pengurusan harta intelek dan banyak lagi.

"Di dalam fasa permulaan ini, seramai 50 Kaunselor Perniagaan SME Corp Malaysia bersedia untuk membantu PKS yang menggunakan platform MeetME ini menangani isu perniagaan masing-masing secara dalam talian.

"PKS hanya perlu tiga langkah mudah iaitu mendaftar sebagai pengguna platform MyAssist MSME, klik butang MeetME untuk membuat temujanji secara dalam talian dengan Kaunselor Perniagaan dan akhir sekali memilih tarikh serta masa yang bersesuaian.

"Sejak MeetME ini dilancarkan, lebih 350 slot temujanji telah dibuka kepada PKS melalui Portal MyAssist MSME ini mengikut waktu pejabat dan permintaannya adalah menggalakkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Rizal berkata, MeetME adalah salah satu daripada empat komponen utama yang terdapat di dalam Portal MyAssist MSME.

"Inisiatif ini adalah bagi meningkatkan sistem penyampaian dan capaian bantuan secara khidmat nasihat kepada PKS terutamanya di dalam mendepani kemelut pandemik COVID-19," katanya.

Portal Portal MyAssist MSME yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 30 Jun lalu, adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan PKS mendapatkan maklumat perniagaan, khidmat nasihat dan peluang pemasaran secara dalam talian ketika negara masih berdepan penularan pandemik COVID-19.

Rizal berkata, portal yang dibangunkan oleh agensi itu mampu menyuntik nafas baharu serta membantu PKS yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, ia juga adalah sejajar dengan inisiatif pihaknya dalam menarik lebih ramai PKS dan usahawan untuk mengadaptasi pendigitalan secara tidak langsung.

"PKS turut digesa supaya mengadaptasi perniagaan mengikut norma baharu untuk kekal relevan pasca COVID-19.

"PKS perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dan pendigitalan sebagai pemangkin bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan; meningkatkan kemahiran dan keupayaan sumber manusia; selain mengukuhkan kedudukan aliran tunai perniagaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US