Languages: Others

MeetME bantu usahawan perniagaan dalam talian

Rizal Nainy

 

MEETME di dalam Portal MyAssist MSME ditubuhkan bagi meningkatkan sistem penyampaian dan capaian bantuan secara khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, MeetMe membolehkan PKS mengakses kemudahan khidmat nasihat memandangkan keadaan semasa yang membataskan pergerakan.

Menurutnya, PKS boleh menggunakan platform itu bagi mengutarakan pelbagai persoalan kepada Kaunselor Perniagaan SME Corp seperti pengurusan kewangan, pemasaran, undang-undang, pembiayaan, eksport dan pengurusan tenaga kerja.

“Dalam fasa permulaan ini, seramai 50 kaunselor bersedia untuk membantu PKS yang menggunakan platform MeetMe ini bagi menangani isu perniagaan masing-masing secara dalam talian.

“PKS hanya memerlukan tiga langkah mudah iaitu mendaftar sebagai pengguna platform MyAssist MSME, klik butang MeetMe untuk membuat janji temu secara dalam talian dengan Kaunselor Perniagaan dan akhir sekali memilih tarikh serta masa bersesuaian.

“Sejak MeetMe ini dilancarkan, lebih 350 slot janji temu telah dibuka kepada PKS melalui portal ini mengikut waktu pejabat dan permintaannya adalah menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Portal MyAssist MSME yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan PKS mendapatkan maklumat perniagaan, khidmat nasihat dan peluang pemasaran secara dalam talian.

Sementara itu, Rizal berkata, portal itu sejajar dengan inisiatif SME Corp dalam menarik lebih ramai PKS dan usahawan agar mengadaptasikan pendigitalan secara tidak langsung bagi mengikut norma baharu untuk kekal relevan pasca Covid-19.

Tambah beliau, PKS perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dan pendigitalan sebagai pemangkin bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan; kemahiran dan keupayaan sumber manusia selain mengukuhkan kedudukan aliran tunai perniagaan. - SINAR HARIAN

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit
logo bankrakyat PNS LOGO White S

 

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US