Languages: Others

SME Corp, MIDF bantu PKS terjejas

 

SME Corporation Malaysia (SME Corp)  SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menawarkan bantuan kewangan sehingga RM250,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Skim pembiayaan baharu dikenali SME Revitalization Financing (SMERF) itu turut menawarkan pembiayaan sehingga 90 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi kos item yang layak dengan kadar faedah serendah tiga peratus.

Dalam satu kenyataan bersama, SME Corp dan MIDF berkata, SMERF yang permohonannya dibuka semalam dijangka membolehkan PKS menguruskan aliran tunai lebih baik dalam tempoh mencabar dan memastikan kesinambungan perniagaan.

"Kerjasama konsisten ini menyokong PKS sejak bermulanya wabak di mana peningkatan jumlah kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sekatan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga turut memberi kesan ketara kepada ekonomi dan rakyat," katanya.

SMERF adalah skim pembiayaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang disalurkan kerajaan menerusi SME Corp dan dilaksanakan oleh MIDF.

Ia dibangunkan untuk membantu PKS yang berdaya maju tetapi dibatasi kesulitan kewangan dan tergolong dalam sektor kurang diberi perhatian.

SMERF dapat membantu PKS mengekalkan dan meningkatkan kebolehpasaran produk, kelestarian perniagaan serta penggunaan teknologi dan pemodenan.

SME Corp dan MIDF menjelaskan, dengan kaedah pembiayaan yang cepat dan fleksibel, produk itu dapat membantu memperkukuhkan perniagaan teras PKS, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata skim pembiayaan baharu itu akan mengurangkan isu aliran tunai yang dihadapi PKS yang berdaya maju dalam memulihkan dan mencapai matlamat perniagaan, memperkukuhkan perniagaan teras dan membina kapasiti serta kemampuan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF, Azizi Mustafa berkata, langkah kerajaan menerajui sokongan kepada PKS tepat khususnya dalam menyalurkan sebanyak mungkin bantuan ketika tempoh sukar ini.

"Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SME Corp kerana menawarkan SMERF. MIDF akan memainkan peranan dalam menyokong pemulihan ekonomi negara dan membantu PKS yang menjadi 'jentera' pertumbuhan," katanya. - BERITA HARIAN

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US