Languages: Others

Bank Islam, SME Corp tingkat daya saing PKS

Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam, Mizan Masram (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy memeterai MoU sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dan Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee (tengah).Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam, Mizan Masram (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy memeterai MoU sambil diperhatikan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dan Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee (tengah).

 

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Kedua-dua pihak hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan akses kepada PKS menyertai pelbagai inisiatif, program latihan, program penganugerahan dan sumber daya lain, di samping produk dan perkhidmatan kewangan menyeluruh yang akan meningkatkan kapasiti serta keupayaan dalam pasaran serba kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata MoU yang dimeterai itu adalah satu lagi kejayaan kerjasama strategik yang membabitkan bantuan kewangan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal (CAPEX), pembiayaan perdagangan dan perkhidmatan kewangan lain seperti bancatakaful, pengurusan tunai dan penyelesaian e-perbankan.

Beliau berkata, kerjasama dengan SME Corp Malaysia memberi manfaat kepada PKS menyertai Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS), menyaksikan pelanggan layak menikmati rebat keuntungan dua peratus dengan pelbagai pakej pembiayaan disediakan di bawah SME Banking.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM4 bilion kepada PKS yang menyertai program SSFS di bawah SME Corp Malaysia.

"Sejak skim pembiayaan dimulakan pada 2013, Bank Islam telah menyokong 121 pelanggan PKS dengan pembiayaan berjumlah lebih RM133 juta setakat ini.

"Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu dengan pemeteraian MoU ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai MoU secara maya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, berkata kerjasama strategik kedua-dua pihak adalah sebahagian daripada usaha proaktif untuk memberikan peluang perniagaan kepada PKS yang layak di Malaysia.

Beliau berkata, dengan memanfaatkan platform niaga-ke-niaga (B2B) yang ditawarkan oleh Bank Islam serta sokongan pembiayaan yang dinyatakan dalam MoU, SME Corp berharap inisiatif berkaitan dapat membantu PKS untuk mengekalkan perniagaan, terutama pada masa yang mencabar ini.

Bank Islam menjalin usaha sama dengan SME Corp Malaysia sejak 2013 dengan menyediakan penyelesaian kewangan Islam selain menyokong pelbagai program yang dilaksanakan Agensi Penyelaras Pusat yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Hubungan simbiotik terus diperkukuh dengan SME Corp menyokong Bank Islam merealisasikan misi untuk memupuk dan mengembangkan segmen PKS, termasuk berkongsi kepakaran memperkasakan usahawan melalui penganjuran Program Pembangunan PKS Bank Islam 2.0.

Kedua-dua pihak juga bekerjasama memastikan kejayaan program iTEKAD; program kewangan sosial holistik bertujuan menyediakan penjanaan pendapatan yang mampan dan membentuk daya tahan kewangan usahawan mikro asnaf serta B40 dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Bank Islam juga bakal melancarkan aplikasi mudah alih, SMEXpert tidak lama lagi, satu inisiatif digital yang menyokong seluruh ekosistem PKS dengan menyediakan sumber perniagaan dan kewangan.

Pakar perniagaan daripada pelbagai sektor di bawah program Panel Penasihat Pakar PKS (SEAP) oleh SME Corp akan bergabung dengan SMEXpert, sebagai penasihat komuniti platform itu.

Selain itu, pelanggan PKS juga dapat meningkatkan kapasiti perniagaan mereka melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), 'SMEs Go Global' dan Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE), di samping layak menyertai Anugerah Enterprise 50 berprestij anjuran SME Corp. Malaysia.  --Berita Harian

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US