Languages: Others

Penerima BEEP hargai geran bantuan diterima

Dua usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS),Mohamad Badlishah Ibrahim (kiri) dan Azri Che Mukhtar antara 19 penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) pada Karnival Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Kuantan. FOTO / Asrol AwangDua usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS),Mohamad Badlishah Ibrahim (kiri) dan Azri Che Mukhtar antara 19 penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) pada Karnival Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Kuantan.
FOTO / Asrol Awang

KUANTAN: Seramai 19 penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) berterima kasih kepada kerajaan yang membantu dalam usaha meningkatkan perniagaan mereka.

Mereka menganggap bertuah kerana diberi kepercayaan kerajaan menerima geran itu melalui agensi penyelaras iaitu Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp).

Azri, penerima geran BEEP. FOTO NSTP ASROL AWANGAzri, penerima geran BEEP. FOTO NSTP ASROL AWANG

Bagi pengusaha percetakan dan pengurusan acara, Azri Che Mukhtar, 32, geran yang diterima itu akan digunakan untuk membeli mesin percetakan baharu.

"Dengan mesin baharu itu nanti, saya dapat menghasilkan produk lebih berkualiti dan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

"Saya menghargai bantuan ini dan akan meningkatkan lagi perniagaan terutama meyakinkan pelanggan dengan kualiti produk dihasilkan," katanya.

Azri ditemui selepas majlis penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Besar Paya Besar, di sini, hari ini yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Mohamad Badlishah Ibrahim, 50 yang menjalankan perniagaan percetakan akan membeli mesin percetakan baharu.

Mohamad Badlishah, penerima geran BEEP. FOTO NSTP/ASROL AWANGMohamad Badlishah, penerima geran BEEP. FOTO NSTP/ASROL AWANG

Katanya, geran itu sememangnya amat membantu selepas perniagaan terjejas kesan daripada penularan wabak COVID-19.

"Dengan adanya mesin baharu ini akan membantu menambah kapasiti pengeluaran," katanya.

Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan kepada 19 penerima menerusi BEEP.

Katanya, geran bantaun itu diharap dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan.

"Bantuan kewangan yang disediakan dalam bentuk geran bertujuan untuk membantu syarikat Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) berdaya saing," katanya. --Berita Harian

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US