Languages: Others

500 usahawan sertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia

Ahli Parlimen Paya Besar menerima cendera hati daripada peserta Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia

 

KUANTAN – Seramai 500 usahawan terdiri daripada peniaga, usahawan kecil, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan koperasi menyertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia selama dua hari, bermula semalam.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, penganjuran karnival di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Rakyat selaku rakan strategik utama meneruskan agenda bagi membantu golongan usahawan sasaran yang terkesan dengan pandemik Covid-19

Antara agensi lain di bawah MEDAC yang turut serta termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, SME Corp Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank, UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Karnival selama dua hari ini yang diadakan di Dewan Paya Besar, Kuantan, Pahang, merupakan antara program karnival usahawan dan koperasi pertama yang dianjurkan untuk para usahawan dan koperasi di Negeri Pahang.

“Pelbagai program yang diadakan termasuk sesi dialog, soal jawab serta sesi motivasi secara lebih dekat bersama usahawan dan koperasi,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu,  modul latihan keusahawanan dan pemasaran perniagaan serta kemudahan klinik usahawan serta beberapa kaunter dibuka bagi menyediakan khidmat nasihat daripada agensi di bawah MEDAC.

“Program turun padang sebegini adalah antara inisiatif MEDAC dan agensinya untuk memastikan semua usahawan dan koperasi di setiap pelusuk negara sentiasa diberi pendedahan dan bimbingan bagi meneruskan perniagaan mereka dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Penganjuran karnival sebegini diharap dapat memberi pendedahan di samping meningkatkan kesedaran usahawan dan koperasi mengenai pelaksanaan program dan produk yang disediakan oleh MEDAC serta agensi di bawahnya bagi terus memperkasa sektor keusahawanan dan gerakan koperasi,” ujarnya.

Tambah Shahhar, inisiatif ini juga diambil agar pihak terus berganding bahu dalam usaha melahirkan ‘Bangsa Usahawan’ yang mana aspirasi ini dapat dicapai dengan kerjasama daripada pelbagai pihak seiiring dengan semangat Keluarga Malaysia.

Majlis perasmian penutupan karnival itu menyaksikan penyerahan pembiayaan dan sumbangan serta Sijil Pendaftaran Koperasi kepada usahawan dan koperasi termasuk pembiayaan TEKUN Nasional kepada 16 orang usahawan berjumlah RM105,000. – MalaysiaGazette

 




CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US