Languages: Others

PM gariskan dua fokus utama pemulihan PMKS pasca pandemik

PM gariskan dua fokus utama pemulihan PMKS pasca pandemik
Perdana Menteri menggariskan dua fokus utama sebagai pemangkin pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pasca pandemik COVID-19.
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menggariskan dua fokus utama sebagai pemangkin pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pasca pandemik COVID-19.
Pertamanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PMKS harus memanfaatkan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi untuk mendorong agenda pemulihan.
“Pelbagai aktiviti menerusi e-dagang termasuklah pembayaran secara digital, pembelajaran jarak jauh, persidangan video serta perkhidmatan logistik merupakan perkara lazim di dalam ekonomi hari ini, disebabkan oleh keperluan dan peluang yang semakin meningkat.
“Ini juga adalah antara usaha yang boleh membiasakan PMKS dalam era persaingan Revolusi Industri 4.0. Kita dapat melihat bahawa kehadiran PMKS di atas talian telah meningkat dua kali ganda daripada 35.3% yang dicatatkan pada tahun 2019 (pra-COVID) kepada 75.8% pada tahun 2021 pasca COVID-19,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian semasa merasmikan Pameran Tahunan PKS SMIDEX 2021 yang bertemakan PMKS: Bangkit Kembali! di sini, pada Selasa.
Seterusnya, beliau berkata, pembangunan jangka panjang PMKS harus menerapkan prinsip-prinsip kelestarian yang meliputi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam strategi perniagaan mereka.
Jelasnya, tumpuan harus diberikan kepada pengurangan kos dan peningkatan produktiviti menerusi kecekapan tenaga, prinsip ekonomi kitaran, amalan penggajian tenaga kerja yang baik serta struktur tadbir urus syarikat yang kukuh bagi memenuhi matlamat kelestarian.
“Menyedari hakikat bahawa penerapan prinsip-prinsip kelestarian adalah amat penting di dalam strategi perniagaan sesebuah PMKS, saya difahamkan SME Corp. Malaysia serta United Nations Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) sedang bekerjasama dalam usaha membangunkan PMKS yang mampan melalui satu platform digital yang dinamakan sebagai Action Centre for Sustainable Development of SMEs atau singkatannya ACCESS," ujar beliau lagi.
Menurut Ismail Sabri, platform ini akan menyediakan PMKS khidmat nasihat, pembangunan kapasiti serta jalinan rangkaian bersama syarikat besar yang terlibat di dalam amalan Sustainable Development Goals (SDG) serta ESG.
Disamping itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan akan terus mempergiatkan usaha bagi menambah baik akses dan peluang pasaran bagi membantu PMKS meningkatkan jualan di pasaran antarabangsa.
Katanya, inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama kerajaan ke kerajaan (G2G) serta usaha sama dalam kalangan negara ASEAN dan APEC serta pertubuhan antarabangsa yang lain.
“Usaha juga akan dilaksanakan untuk memanfaatkan faedah perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam memperluas akses pasaran dan mempercepat pengantarabangsaan PMKS, termasuklah pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 serta memeterai perjanjian FTA baharu.
“Pelbagai inisiatif akan diteruskan menerusi platform antarabangsa seperti ini dan forum-forum seumpamanya bagi terus menambah baik persekitaran perniagaan serta mengurangkan halangan perdagangan seterusnya memartabatkan industri PMKS di persada antarabangsa,” tambah beliau lagi.  -- astro AWANI

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US