Languages: Others

PMKS sasar peningkatan RM512 bilion tahun depan

 

Beri peluang pekerjaan kepada 7.3 juta

PERUSAHAAN Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) disasarkan meningkat 72 peratus kepada RM512 bilion tahun depan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM298 bilion. PMKS juga dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 7.3 juta pekerja dan menyumbang RM118 bilion kepada eksport negara.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Tahunan PKS – SMIDEX 2021 hari ini.

“Kerajaan akur bahawa sektor PMKS merupakan salah satu kumpulan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19 dengan 95.3% mengalami penurunan jualan secara mendadak dalam tempoh awal pembendungan,” katanya.

Ismail berkata, hampir dua tahun dunia menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi akibat pandemik Covid-19.

 

Sejak Mac 2020, sejumlah RM196 bilion telah diperuntukkan untuk membantu PMKS dalam menangani kesan wabak Covid-19, kata Ismail.

Langkah-langkah tersebut telah dan sedang dilaksanakan melalui 10 pakej ekonomi yang komprehensif termasuk dua pakej belanjawan tahunan, jelasnya.

“Pakej-pakej rangsangan ini bertujuan menangani permasalahan yang dihadapi PMKS terutamanya dari segi pembiayaan, aliran tunai, pengekalan pekerja, pembangunan modal insan dan penerapan teknologi dan digitalisasi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengakui, beliau tertarik melihat beberapa produk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan yang dipamerkan di sepanjang “Gallery Walk”.

Beliau turut berbangga kerana terdapat syarikat-syarikat PMKS yang telah berjaya membekalkan produk mereka ke pasaran antarabangsa.

Pencapaian-pencapaian seperti ini, kata Ismail Sabri, menjadi satu penunjuk penting bagi menonjolkan kejayaan PMKS tempatan dalam menghasilkan produk-produk yang berkualiti, bukan sahaja memenuhi permintaan tempatan malah permintaan pasaran antarabangsa. – SM

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US