Languages: Others

Pemulihan PMKS fokus pada inovasi, terap prinsip kelestarian


Ismail Sabri (tengah) pada majlis perasmian Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX’21) pada Selasa. - Foto Bernama

 

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan memberi dua fokus utama iaitu memanfaatkan inovasi serta pembangunan jangka panjang yang harus menerapkan prinsip-prinsip kelestarian meliputi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PMKS harus menggunakan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi untuk mendorong agenda pemulihan.

“Pelbagai aktiviti menerusi e-dagang termasuklah pembayaran secara digital, pembelajaran jarak jauh, persidangan video serta perkhidmatan logistik merupakan perkara lazim dalam ekonomi hari ini, disebabkan oleh keperluan dan peluang yang semakin meningkat,” katanya pada majlis perasmian Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX’21) pada Selasa.

Beliau berkata, ini juga adalah antara usaha yang boleh membiasakan PMKS dalam era persaingan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata, kehadiran PMKS dalam talian telah meningkat dua kali ganda daripada 35.3 peratus yang dicatatkan pada tahun 2019 (pra-Covid) kepada 75.8 peratus pada tahun 2021 (pasca Covid). -- Sinar Harian

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US