Languages: Others

MEDAC sasar tembusi pasaran PMKS ke Korea

Noh mengiringi Ismail Sabri melawat Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX 2021) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. FOTO NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Noh mengiringi Ismail Sabri melawat Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX 2021) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. FOTO NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk memperluaskan pasaran Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) ke luar negara khususnya Korea.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata ia akan dilakukan melalui inisiatif antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bagi memudahkan lagi padanan perniagaan antara PMKS tempatan ke negara luar.

"Kita ada MoU dengan Korea yang sepatutnya ditandatangani sebelum ini, namun ditangguhkan akibat COVID-19.

"Melalui usaha G2G itu, kerjasama pertukaran maklumat, padanan perniagaan akan membantu PMKS dan menguntungkan kedua-dua pihak," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian katanya pada ucapan perasmian Pameran Tahunan PKS-SMIDEX 2021, hari ini.

Pameran Tahunan PKS-SMIDEX 2021 dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada masa sama, Noh berkata, dalam usaha menggalakkan lebih ramai PMKS menembusi pasaran antarabangsa, peniaga akan diminta menguasai aspek digitalisasi kerana ia mampu menjadi pemangkin kejayaan mereka.

Katanya, agensi di bawah MEDAC termasuk SME Corporation Malaysia (SME Corp) turut membuka jalan dengan menawarkan geran perniagaan sehingga RM500,000 kepada PMKS.

Beliau berkata, kebanyakan PMKS mengakui 'kembali bernafas' dan memerlukan ruang serta peluang khususnya pembiayaan serta tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana belum berupaya melunaskan baki hutang.

Katanya, agensi perbankan di bawah MEDAC sebelum ini turut mengambil inisiatif tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada PMKS yang gagal membayar pembiayaan bagi tempoh sehingga Jun depan akibat COVID-19.

Terdahulu Noh dalam ucapannya berkata, MEDAC menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan bagi memastikan semua agensi menyegerakan penilaian permohonan dan menangani aduan daripada PMKS.

Beliau berkata, melalui jawatankuasa itu antara inisiatif yang dilaksanakan ialah mengenepikan proses rujukan kredit CTOS dan CCRIS dalam mana-mana bantuan kewangan PMKS.

"MEDAC juga menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelaras dasar dan polisi berkaitan selain meningkatkan sistem penyampaian kementerian dan agensi yang merangkumi aspek mengurangkan birokrasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata pihaknya mensasarkan seramai 10 lagi PMKS akan dibantu untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui program peningkatan enterpris tahun depan.

Beliau berkata, sebelum ini melalui inisiatif itu, SME Corp melahirkan 125 PMKS yang berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara. --Berita Harian

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US