Languages: Others

Banjir: 50,000 PMKS Selangor terjejas - SME Corp

Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Nainy ketike Majlis penutup SMIDEX 2021 dan Pelancaran Program Pembiayaan Digital RMKS oleh Ketua Setiausaha, Datuk Suriani Datuk Ahmad Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di SME Corp. Malaysia. NSTP/AMIRUDIN SAHIB.Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Nainy ketike Majlis penutup SMIDEX 2021 dan Pelancaran Program Pembiayaan Digital RMKS oleh Ketua Setiausaha, Datuk Suriani Datuk Ahmad Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di SME Corp. Malaysia. NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 50,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di beberapa daerah di Selangor terjejas akibat bencana banjir antara terburuk yang melanda negeri itu beberapa hari lalu.

Menurut SME Corporation Malaysia (SME Corp), PMKS yang terbabit dalam bencana itu adalah di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat terkesan dengan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata kejadian banjir yang menjejaskan pelbagai aspek operasi perniagaan PMKS itu belum mengambil kira perniagaan sama di negeri-negeri lain yang turut terjejas disebabkan bencana itu.

"Berdasarkan perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), PMKS di Selangor sahaja mewakili 19.7 peratus atau 226,000 daripada keseluruhan 1.15 juta PMKS di seluruh negara. Manakala di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat mewakili 20 peratus atau sekitar 50,000 PMKS.

"Sudah pasti angka PMKS yang terjejas sangat besar kerana banjir kali ini melanda kebanyakan tempat. Cuma aspek kerosakan mungkin berbeza mengikut kawasan. Kita belum mendapat maklumat lagi berkenaan angka kerugian yang ditanggung PMKS," katanya pada sidang media Majlis Penutup Pameran Tahunan PMKS (SMIDEX 2021) dan Pelancaran Program Pembiayaan Digital PMKS di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Suriani Ahmad; dan Ketua Pegawai Eksekutif MicroLEAP, Tengku Danny Nasaifuddin Mudzaffar.

Semalam, BH melaporkan banjir besar yang disifatkan paling buruk melanda negara Sabtu lalu menyebabkan ribuan perniagaan, termasuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menanggung kerugian berbilion ringgit.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Ding Hong Sing, berkata berdasarkan maklumat awal diterima, syarikat PKS terutama yang berpusat di Lembah Klang, khususnya di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat yang paling terjejas disebabkan musibah itu.

Katanya, jumlah kerugian yang dianggarkan itu merangkumi kerosakan premis, jentera, kemusnahan bahan mentah dan produk akhir akibat ditenggelami air, selain penutupan operasi yang dijangka selama beberapa hari lagi.

"Anggaran kerugian perniagaan merangkumi PKS juga sangat besar. Malah, ada sesetengah perniagaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit. Paling terjejas adalah di Selangor di mana banyak kilang berpusat di situ. Di Selangor sahaja ada lebih 1,000 PKS.

"Disebabkan kekangan untuk memperoleh maklumat tepat berkenaan kerugian yang dihadapi oleh keseluruhan PKS, saya dapat menganggarkan kerugian yang ditanggung oleh PKS di Selangor saja mungkin melebihi RM100 juta dan tidak mustahil lebih daripada jumlah ini," katanya.

Lembah Klang, khususnya Selangor yang mempunyai 13 zon perindustrian menjadi nadi kepada sektor perindustrian negara.

Selain sektor perindustrian, banjir besar itu juga menyebabkan ribuan rumah dan kenderaan orang awam yang musnah atau rosak teruk.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, turut memohon PKS yang terjejas akibat banjir buruk di Lembah Klang diberikan bantuan.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) pula turut mengakui banyak kilang terjejas dan terkesan susulan banjir terutama sekitar Shah Alam dan Klang menyebabkan anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit.

Sementara itu, Rizal berkata, SME Corp akan menggerakkan pelbagai aktiviti untuk menyokong semua PMKS yang terjejas akibat pandemik dan terkini, banjir.

"PMKS ini memerlukan sokongan daripada aspek kewangan dan khidmat nasihat mengenai perniagaan, lebih-lebih lagi ketika mereka mendepani cabaran pasca COVID-19 dan bencana banjir.

"Kita buka ruang kepada PMKS yang terjejas untuk mengetahui cara terbaik untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Buat masa ini usaha kerajaan adalah untuk menyelamatkan nyawa dan kemudahan kepada syarikat untuk meneruskan perniagaan," katanya.

Beliau berkata, antara contoh terbaik adalah pengenalan Pembiayaan Digital PMKS yang menawarkan pembiayaan mudah RM50,000 hingga RM500,000.

"Menerusi kemudahan platform digital pembiayaan rakan setara (P2P) dengan dengan kadar tetap serendah 2.0 peratus setahun tepat pada masanya untuk membantu PMKS yang terjejas banjir mendapat sokongan kewangan.

"Kita memudahkan cara untuk mendapatkan pembiayaan dengan penyaluran pinjaman dalam masa tiga hari bekerja jika semua permohonan lengkap. Semua proses dilaksanakan secara dalam talian.

"Bagi membantu PMKS terjejas akibat COVID-19 dan banjir, SME Corp juga akan mempertimbang untuk menukar status pembiayaan kepada geran. Jika pembayaran dibuat dengan baik, kita akan pertimbang untuk 50 peratus baki pinjaman lagi menjadi geran (jika pembiayaan dibuat untuk penggunaan berlandasan kapasiti, bukannya modal kerja)," katanya.

Rizal berkata, SME Corp juga memiliki pelbagai program sedia ada termasuk geran seperti Bumiputera Enterprise Enhancement Program (BEEP) iaitu bantuan kewangan dalam bentuk geran untuk dipohon PMKS yang terbabit banjir. -- Berita Harian

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US