Languages: Others

Permohonan pembiayaan PMKS boleh dibuat dalam talian

Kuala Lumpur: SME Corporation Malaysia (SME Corp) komited membantu lebih ramai usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutama yang terjejas akibat Covid-19 dan banjir menerusi Pembiayaan Digital PMKS.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, projek rintis dengan kerjasama microLEAP itu menawarkan pembiayaan jangka pendek antara RM50,000 hingga RM500,000 dengan kadar tetap 2.0 peratus.

Katanya, permohonan program itu yang dilaksanakan sepenuhnya menerusi dalam talian dicetuskan bagi menyediakan bantuan pembiayaan kepada PMKS dengan kadar pantas.

"Permohonan hanya memerlukan beberapa dokumen mudah yang perlu dihantar sepenuhnya secara dalam talian dan tempoh kelulusan mengambil masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja. 

"Setakat ini, dengan jumlah dana RM10 juta itu kita sasarkan membantu 40 PMKS, namun kita akan perhalusi jika ada sambutan dan penambahan suntikan dana untuk mempertimbangkan membantu lebih ramai PMKS terjejas.

"Selain itu, uniknya program ini, jika pembayaran semula dilakukan dengan baik, kita akan menilai prestasi peminjam untuk mempertimbangkan sehingga 50 peratus baki pembiayaan ditukarkan kepada geran," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutup Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2021 serta Pelancaran Program Pembiayaan Digital PMKS, hari ini.

Hadir merasmikan majlis terbabit ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Suriani Ahmad serta Ketua Pegawai Operasi microLEAP, Matthew Noel Fernandez.

Berhubung jumlah PMKS serta kerugian dialami akibat banjir, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan dalam membuat penilaian sebenar bagi menawarkan sokongan pemulihan sewajarnya di bawah pelbagai program sedia ada mereka.

Dalam pada itu katanya, SMIDEX 2021 yang berakhir esok berjaya menjana potensi jualan sebanyak RM5.8 juta melalui 82 sesi padanan perniagaan yang dijalankan serta menarik kehadiran 14,225 pengunjung secara maya. -- Harian Metro

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US