Languages: Others

MEDAC sokong sektor perbankan bantu masalah kewangan PMKS dan koperasi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang mengalu-alukan tindakan sektor perbankan yang terus membantu peminjam yang menghadapi masalah kewangan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha ini juga selaras dengan dasar baru MEDAC supaya agensi yang memberikan pembiayaan kepada usahawan seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada peminjam.

“Dalam masa yang sama urusan permohonan pembiayaan dana kerajaan dipermudahkan lagi dengan tidak menggunapakai tapisan CTOS dan CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

“Ini juga merupakan satu tindakan dalam membantu usahawan yang terkesan dalam tempoh pemulihan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Tambah Noh, MEDAC telah berjaya membantu seramai 220,248 orang usahawan yang terkesan dengan Covid-19 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7.172 billion sepanjang 100 hari di bawah pentadbirannya.

“MEDAC akan terus membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi bukan hanya melalui pembiayaan tetapi juga melalui peluang perniagaan baharu, digitalisasi, latihan keusahawanan dan juga sesi libat urus yang melibatkan persatuan atau pertubuhan.

“Selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) iaitu Bekerja Bersama Rakyat semoga semua langkah bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang amat memerlukan,” ujarnya.

-NIAGATIMES

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US