Languages: Others

MIDF sedia bantuan pembiayaan PKS terjejas banjir

Pekerja membersihkan barangan kedai yang ditenggelami air banjir selepas mulai surut ketika tinjauan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. NSTP/Aizuddin SaadPekerja membersihkan barangan kedai yang ditenggelami air banjir selepas mulai surut ketika tinjauan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mengumumkan bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS (SMEEF) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.

Menurut kumpulan itu, dana berkenaan disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corporation Malaysia dan diuruskan oleh MIDF.

"Di bawah SMEEF, MIDF menawarkan bantuan pembiayaan sehingga RM100,000 kepada PKS terjejas dalam semua sektor ekonomi meliputi pelbagai keperluan asas perniagaan termasuklah mesin dan peralatan, baik pulih premis perniagaan dan modal kerja.

"SMEEF ditawarkan bagi membantu PKS yang mana operasi perniagaan mereka terjejas teruk atau mengalami kerosakan akibat banjir atau bencana alam lain seperti kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh," katanya dalam kenyataan.

MIDF berkata, untuk layak menerima bantuan kecemasan ini, PKS yang beroperasi di kawasan bencana hendaklah memberikan bukti terkesan dengan bencana alam ini dalam bentuk surat daripada pejabat daerah atau salinan laporan polis.

"Pemohon juga mesti memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran tempatan.

"Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan untuk PKS ini, sila hubungi Unit Penasihat Perniagaan kami di talian 1-300-88-6433 atau e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.," katanya.

Kumpulan MIDF menawarkan perkhidmatan perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset.

Ia menawarkan perkhidmatan kepada usahawan, syarikat besar dan institusi perniagaan lain.

MIDF adalah anak syarikat penuh milik Permodalan Nasional Bhd (PNB).

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US