Languages: Others

Bank Rakyat, PUNB dan SME Bank beri moratorium 6 bulan

A view of the seaPEMANDANGAN udara menunjukkan banjir di Kampung Morten, Melaka, hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui agensi di bawahnya bersetuju memberikan moratorium enam bulan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan banyak perniagaan usahawan terkesan dan memerlukan tempoh masa tertentu untuk kembali beroperasi seperti biasa.

 

Katanya, oleh itu, Bank Rakyat memberi penangguhan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir selama enam bulan.

"Penangguhan ini membabitkan mereka yang meminjam dengan Bank Rakyat melalui Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.

"Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula akan memberi moratorium kepada usahawan yang terkesan dengan banjir selama enam bulan, bergantung kepada sejauh mana kesan banjir dihadapi oleh usahawan.

"Selain itu, SME Bank turut memberi pengecualian sewaan selama dua bulan kepada mana-mana penyewa di kompleks perniagaan usahawan SME Bank yang terjejas akibat bencana banjir.

"SME Bank juga menawarkan penjadualan semula kepada semua usahawan terkesan dengan banjir dan menawarkan Dana Pemulihan Bencana dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000 dengan moratorium enam bulan.

"SME Corp pula menawarkan tiga pakej pembiayaan iaitu SME Revitalisation Financing (SMERF), Soft Loan Scheme For Small and Medium Enterprise (SLSME) dan SME Emergency Fund (SMEEF) untuk semua PKS terjejas banjir dalam semua sektor ekonomi dan layak untuk membeli peralatan, baik pulih premis perniagaan dan dana modal permulaan perniagaan.

"Pakej ini diberi moratorium pembayaran balik sehingga enam bulan. dan untuk peserta tiga program sedia ada ini juga akan diberikan moratorium enam bulan sehingga Jun 2022," katanya. --Harian Metro

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US