Languages: Others

MPN syor buka sempadan antarabangsa

MPN syor buka sempadan antarabangsa

 

MESYUARAT Majlis Pemulihan Negara (MPN) semalam bersetuju untuk mengesyorkan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan perbincangan untuk meneliti, merancang dan mencadangkan langkah-langkah untuk membuka semula sempadan antarabangsa dengan segera dan selamat kepada MPN.

Katanya, pembukaan sempadan negara sangat penting bagi menyokong proses pemulihan negara.

“Cadangan tersebut perlu merangkumi mekanisme kawalan penularan varian-varian baharu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MPN bagi tahun 2022, semalam.

Dalam perkembangna lain, Muhyiddin berkata, beliau meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan proses penyaluran bantuan Kerajaan dipermudah dan dipercepatkan kepada mangsa banjir.

“Selain itu, NADMA juga perlu membuat perancangan lebih awal bagi persiapan sebelum dan pasca banjir yang berlaku setiap tahun.

“Manakala, bagi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan, SME Corp serta Persatuan PKS Malaysia perlu bekerjasama dalam menyediakan senarai yang terjejas kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi cabaran kekurangan tenaga kerja dalam subsektor perikanan laut dalam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama Kementerian Sumber Manusia dan KDN perlu memperhalusi langkah-langkah menangani isu tersebut yang semakin meruncing.

Katanya, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka pada 2021 sebagai satu panduan strategi keluar bagi membolehkan negara dibuka dengan selamat dan teratur.

“Alhamdulillah semua negeri telah pun berjaya beralih ke fasa 4, maka Majlis berpandangan bahawa satu pelan pemulihan untuk fasa-fasa pemulihan seterusnya diperlukan.

“Oleh itu, Pelan Pemulihan Negara 2.0 (PPN2.0) akan dirangka segera secara komprehensif dan inklusif melibatkan input daripada semua pemegang taruh termasuk pakar-pakar pelbagai bidang, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, Kerajaan Negeri, kementerian dan agensi sesuai menggunakan pendekatan Seluruh Negara (Whole of Nation approach).

“Insya-Allah dengan kerjasama semua, saya pasti PPN2.0 ini akan membolehkan Malaysia terus membangun secara mampan walaupun berhadapan dengan cabaran Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US