Languages: Others

Kerajaan timbang beri geran kepada PKS terjejas banjir Artikel

TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan pemberian geran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda pada Disember lalu.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian sedang menantikan senarai nama usahawan yang terlibat daripada SME Corp.

"Kita telah meminta senarai syarikat yang terkesan daripada SME Corp dan mereka sedang mengumpulkan senarai tersebut.

"Kita tahu usahawan PKS ini mahukan geran daripada kerajaan dan kita sedang meneliti jenis geran yang boleh disalurkan,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai bencana banjir pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, beliau akan membawa cadangan mengenai lanjutan tempoh pengecualian faedah dan moratorium pinjaman bank kepada bank di negara ini.

Katanya, ini kerana bantuan khas yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan berakhir pada 31 Januari 2022.

"Saya akan membangkitkan perkara ini dengan bank, khususnya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir,” katanya.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan semua pihak yang berkaitan untuk mengadakan pelan jangka panjang bagi membina semula infrastruktur perlu berbanding membayar kos kerosakan setiap kali banjir melanda negara. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/184041/BERITA/Semasa/Kerajaan-timbang-beri-geran-kepada-PKS-terjejas-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf\

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US