Languages: Others

3 syarikat PKS meterai MoU lebih RM100 juta di Expo 2020 Dubai

KUALA LUMPUR – Tiga Momorandum Sefahaman (MoU) bernilai lebih RM100 juta ditandatangani di antara tiga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan tiga rakan niaga yang berpotensi dari Emiriah Arab Bersatu di Expo 2020 Dubai.

Semua syarikat ini merupakan sebahagian daripada 17 syarikat permulaan (startup) dan PKS Malaysia berprestasi tinggi yang menyertai delegasi Malaysia ke Expo 2020 Dubai – Minggu PKS Malaysia.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Propeasy Sdn. Bhd dan Mahaley Marketing; ii. Fario Holdings Sdn Bhd dan Miko Koffie NV of Belgium; dan iii. Govicle Sdn Bhd dan Six Day Company LLC.

Minggu PKS Malaysia di Ekspo diketuai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensi pelaksana iaitu SME Corp yang memfokuskan kepada syarikat permulaan dan PKS di dalam memacu pembangunan ekonomi negara melalui syarikat berteraskan inovasi.

Turut serta dalam delegasi ini ialah SME Bank Berhad dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad berkata, penglibatan MEDAC di Expo 2020 Dubai merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Malaysia dalam membangkitkan semula peranan syarikat permulaan dan PKS sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara melalui sokongan dan kerjasama dengan pelabur dan rakan perniagaan berpotensi.

Ini akan membantu di dalam mempertingkatkan ekosistem permulaan bagi memenuhi keperluan industri global.

Dalam hubungan ini, 17 syarikat permulaan dan PKS berprestasi tinggi dari Malaysia telah terpilih untuk diperkenalkan kepada rakan perniagaan global yang berpotensi di Pavilion Malaysia Expo 2020 Dubai, UAE. -- MalaysiaGazette

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US