Languages: Others

MEDAC sasar 80 usahawan PKS terima bantuan BEEP


Noh (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek kepada usahawan pada Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di Tanjong Karang pada Khamis.

TANJONG KARANG - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi SME CORP menyasarkan seramai 80 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima bantuan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) pada tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM1 juta hingga RM5 juta diperuntukkan menerusi bantuan itu pada tahun ini.

Menurutnya, meskipun jumlah bantuan itu lebih kecil pada tahun ini berbanding tahun lalu namun kerajaan tetap komited membantu membangunkan PKS untuk berdaya maju dalam perniagaan.

"Peruntukan tahun ini berkurangan berikutan faktor pandemik yang mana pada tahun lalu ramai dalam kalangan usahawan terkesan sekali gus menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk," katanya pada sidang akhbar selepas Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini pada Khamis.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pada tahun lalu, SME CORP telah meluluskan sebanyak 315 permohonan BEEP bernilai RM17.34 juta.

"Daripada jumlah tersebut, 99 kelulusan bernilai RM17.34 juta melibatkan PKS di Selangor iaitu kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu," ujarnya.

Beliau memberitahu, BEEP merupakan program khusus bertujuan mewujud dan membangunkan PKS bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik.

Katanya, pakej bantuan BEEP merangkumi aktiviti produktiviti atau autonomi dan peningkatan pembungkusan produk. - Kumpulan Karangkraf

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US