Languages: Others

Terus bantu PKS

CABARAN yang dihadapi memerlukan keazaman yang kuat bagi memastikan PKS terus bertahan. - Gambar NSTP/GHAZALI KORICABARAN yang dihadapi memerlukan keazaman yang kuat bagi memastikan PKS terus bertahan. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI

 

Kuala Lumpur: Kerajaan komited untuk terus memberi penekanan khusus kepada keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menawarkan pelbagai pakej rangsangan yang dapat membantu meringankan beban mereka semasa pandemik ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) Tan Sri Noh Omar berkata, sejak Mac 2020, sebanyak RM196 bilion sudah diperuntukkan sebagai pakej bantuan PKS mengharungi kesan pandemik Covid-19.

Katanya, langkah itu sudah dan sedang dilaksanakan melalui 10 pakej ekonomi komprehensif termasuk Bajet 2021 dan Bajet 2022.

"Dalam tempoh masa lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada merancakkan pembangunan industri strategik dan berimpak tinggi.

"Usaha akan disasarkan kepada menggalakkan adaptasi teknologi tinggi, peningkatan kemahiran, inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mentransfomasi industri ini kepada penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi, meluaskan pasaran global dan menarik pelaburan yang berkualiti," katanya di majlis Pra Pelancaran Enterprise 50 (E50) dan Pengiktirafan Alumni E50 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi SME Corp Malaysia Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy.

Anugerah E50 adalah anjuran SME Corp Malaysia, agensi di bawah Medac.

Sejak pertama kali dianjurkan pada 1997, anugerah ini menjadi penanda aras kepada pencapaian kejayaan perniagaan PKS yang diiktiraf dan dinilai berdasarkan kebolehan, kecemerlangan dan ketelusan dalam proses pemilihan yang dinilai oleh pakar dan pemain industri berkecuali.

Sementara itu, Syed Hussien Al Habshee turut menyokong pandangan Noh dan menegaskan keperluan untuk memulihkan industri, memandangkan mereka adalah satu kumpulan paling terjejas sepanjang negara menghadapi pandemik Covid-19.

 

"Dengan 95.3 peratus penurunan mendadak dalam jualan PKS pada tempoh awal pembendungan Covid-19, cabaran yang ditimbulkan ini memerlukan keazaman yang kuat bagi memastikan PKS terus bertahan.

"Mengenai anugerah ini, penganjurannya adalah untuk melengkapi usaha dalam pasaran komuniti perniagaan antarabangsa bagi membantu mengenal pasti rakan dagang yang berpotensi kepada para pemenang.

"Selain itu, penerima anugerah ini juga berpotensi melihat perniagaan mereka dipacu ke tahap baru yang lebih tinggi dengan menjadi sebahagian daripada ahli 'Kelab E50' yang eksklusif," katanya.

Beliau berkata, ini memberi mereka peluang meraih lebih banyak faedah seperti penyertaan di bengkel dan forum antarabangsa atas jemputan SME Corp, liputan media yang lebih luas dan interaksi dengan syarikat multi-nasional.

Tempoh pencalonan Anugerah E50 untuk PKS bermula dari 1 Mac 2022 sehingga 30 Jun 2022 dengan pengumuman 50 pemenang.

Sehingga kini, sebanyak 503 syarikat dicalonkan untuk anugerah tahun ini dan untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.e50 .com.my.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US