Languages: Others

Transformasi hab digitalisasi perniagaan lonjak potensi Johor Bahru

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

JOHOR BAHRU: Usaha mentransformasi pusat bandar raya ini sebagai hab digitalisasi perniagaan diyakini mampu membantu dalam menarik kemasukan pelaburan asing, selain mewujudkan ribuan peluang pekerjaan pada masa depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, digitalisasi dimaksudkan termasuk membabitkan penggunaan pelbagai teknologi digital dalam semua aspek termasuk perbankan dan industri.

Sebagai contoh, katanya Bank Rakyat berhasrat menjadikan Menara Bank Rakyat setinggi 35 tingkat dengan keluasan 550,000 kaki persegi (167,640 meter persegi) di kawasan Coronation Square sebagai hab digitalisasi, sekali gus menjadikan kawasan itu hab perniagaan digital merangkumi urusan bank, keusahawanan, perniagaan dan pelbagai urusan digital lain.

"Sebelum ini pembinaan Menara Bank Rakyat tergendala kerana pandemik COVID-19, namun kini diteruskan dan siap hampir 85 peratus.

"Ia suatu pelaburan cukup baik bagi Bank Rakyat mahupun kerajaan negeri untuk membolehkan Johor Bahru mencapai status sebuah bandar raya dunia dan metropolis, serta membawa pelbagai limpahan manfaat bagi masyarakat setempat.

"Apabila bergelar pusat digitalisasi perniagaan, ia akan dilengkapi segala kemudahan dan beroperasi sebagai pusat latihan keusahawanan. Malah kami mencadangkan 11 agensi berkaitan di bawah kementerian ini diletakkan di bawah satu bumbung, untuk memudahkan perancangan bersama aspek pembangunan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke tapak Menara Bank Rakyat di Coronation Square, di sini, hari ini.

Pada 23 Mac 2016, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar merasmikan model menara Bank Rakyat Johor yang pada awalnya dijangka siap pada 2019.

Coronation Square seluas 2.53 hektar bernilai RM3 bilion antara Zon Pembangunan Projek Ibrahim International Business District (IIBD), hasil cetusan idea Sultan Ibrahim bersempena Hari Keputeraan baginda ke-57.

 

 
 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US