Languages: Others

PKS terjejas banjir digesa manfaatkan SMEEF 2.0


Noh ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian SMEEF 2.0 dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah SME Corp Malaysia di Ibu Pejabat SME Corp pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir digesa memanfaatkan Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu merancakkan semula perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, SMEEF 2.0 memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun dan diberikan moratorium setahun membabitkan peruntukan keseluruhan RM100 juta.

Bagaimanapun, Noh berkata, beliau agak kecewa kerana setakat ini daripada 200 usahawan PKS yang dikenal pasti terjejas dengan bencana alam itu, hanya 20 sahaja memohon dan ditawarkan SMEEF 2.0.

"Mungkin sebab (SMEEF) pinjaman, mereka dah tiada wang, maka tidak mahu buat pinjaman. Sebaliknya, banyak PKS minta geran.

"Kita tahu RM100,000 tak mencukupi, contohnya kalau PKS mesin rosak dah beratus ribu ringgit (untuk baiki), kalau bengkel dengan kereta rosak memang tak cukup, tapi ini tanda kerajaan bantu ringankan beban usahawan," katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan SMEEF 2.0 dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) SME Corporation Malaysia (SME Corp) di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Noh meminta pihak SME Corp mempermudah pemberian pinjaman SMEEF 2.0 kepada usahawan yang memenuhi syarat supaya industri PKS negara dapat dirancak dan dihidupkan semula.

"Ini arahan baru saya, syaratnya cukup mudah yang pertama buktikan syarikat terkena banjir dan pengesahan boleh dibuat sama ada di pejabat daerah, melalui laporan polis atau pemimpin tempatan dan kedua, tak perlu senaraikan apa barang yang nak dibeli," katanya.

Mengenai OACP SME Corp, Noh berkata, ia merupakan dokumen dasar antirasuah bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah di dalam sesebuah organisasi. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/195279/BERITA/Nasional/PKS-terjejas-banjir-digesa-manfaatkan-SMEEF-20
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US