Languages: Others

MIDF, SME Corp sedia pembiayaan khas PKS terjejas banjir

Gambar fail. Keadaan tempat letak kereta terbuka di Jalan Kia Peng dilanda banjir kilat baru-baru ini. - Ihsan Syuhada NordinGambar fail. Keadaan tempat letak kereta terbuka di Jalan Kia Peng dilanda banjir kilat baru-baru ini. - Ihsan Syuhada Nordin

 

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), dengan kerjasama bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0), versi yang telah ditambah baik daripada dana Kecemasan PKS (SMEEF) yang pertama kali diumumkan pada 2012.

"SMEEF 2.0 yang diperkenalkan pada 15 Februari 2022, adalah bantuan pembiayaan khas untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini," kata MIDF dalam satu kenyataan hari ini.

Dana itu disediakan oleh oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corporation Malaysia dan diuruskan oleh MIDF.

Menurut MIDF, SMEEF 2.0 menawarkan bantuan pembiayaan sehingga RM100,000 kepada PKS terjejas akibat banjir dalam semua sektor ekonomi meliputi pelbagai keperluan asas perniagaan termasuklah untuk pembiayaan aset seperti mesin, membaik pulih premis perniagaan serta modal kerja.

"Penambahbaikan lain di bawah SMEEF 2.0 termasuk tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun, moratorium 12 bulan dan kadar pembiayaan sifar peratus untuk pemohon yang berjaya," katanya.

Untuk layak menerima bantuan kecemasan ini, PKS yang beroperasi di kawasan bencana hendaklah memberikan bukti terkesan dengan bencana banjir ini dalam bentuk surat daripada pejabat daerah atau salinan laporan polis.

Bagi maklumat lanjut mengenai bantuan untuk PKS ini boleh menghubungi Unit Penasihat Perniagaan di talian 1-300-88-6433 atau e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

PKS yang terjejas juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon SMEEF 2.0 melalui laman sesawang www.growyourbusiness.com.my.

Kumpulan MIDF menawarkan perkhidmatan perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset. Ia menawarkan perkhidmatan kepada para usahawan, syarikat besar dan institusi perniagaan lain.

– Bernama

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US