Languages: Others

Ramai usahawan 'bernyawa' kembali, terima kasih Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0

NOH (tengah) bergambar bersama penerima Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) di Ibu Pejabat SME Corp. FOTO BERNAMA© Provided by Harian Metro NOH (tengah) bergambar bersama penerima Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) di Ibu Pejabat SME Corp. FOTO BERNAMA

 

Kuala Lumpur: "Saya amat bersyukur kerana diberikan bantuan pinjaman RM100,000 tanpa faedah ini. Bantuan ini sedikit banyak membantu memulihkan semula perniagaan yang musnah akibat banjir besar sebelum ini," ujar pemilik syarikat Bakti Sekasa Sdn Bhd, Hanafi Ghani, 34.

Dia yang menyediakan khidmat kejuruteraan dan binaan di Shah Alam, Selangor, adalah antara 20 usahawan yang menerima Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 pada Majlis Penyampaian Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) di Bangunan SME, Platinum Sentral di sini, tadi.

Hanafi berkata, banjir besar yang berlaku 18 Disember tahun lalu mengakibatkan kemusnahan besar terhadap harta benda milik syarikatnya.

"Kenderaan dan peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM30,000 musnah dalam bencana itu.

"Saya akan menggunakan duit pinjaman diterima ini untuk membina semula perniagaan yang terjejas," katanya selepas menerima bantuan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu seorang lagi usahawan, Noor Hidayah Mohd Nor, 38, berkata, banjir besar terbabit turut memusnahkan barangan perniagaan di premisnya terletak di Taman Tun Dr Ismail Jaya (TTDI Jaya), Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, Restoran Ami Kafe miliknya ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter mengakibatkan dia kerugian antara RM80,000 hingga RM100,000.

"Dengan bantuan diterima ini, saya akan menggantikan peralatan yang rosak dan kembali meneruskan perniagaan," katanya.

Seorang lagi penerima bantuan, Murzaipas Ab Rahman, 35, mendakwa kerugian hampir RM60,000 selepas kilang sabun diusahakan di Kuala Berang, Terengganu ditenggelami banjir lumpur Februari lalu.

Dia yang mula mengusahakan kilang sabun itu sejak 2013 mengakui bantuan itu diperlukannya bagi memulakan kembali perniagaan.

"Banjir disertai lumpur yang berlaku 27 Februari lalu menyebabkan pelbagai barangan seperti mesin memproses, kenderaan logistik dan bahan mentah musnah.

"Operasi kilang terpaksa ditangguhkan dan hanya disambung semula pada 26 Mac lalu dengan kapasiti terhad.

"Sekurang-kurangnya bantuan dana kecemasan ini boleh dijadikan modal pusingan untuk perniagaan kembali pulih," katanya.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) baru-baru ini menggesa agensi yang terbabit dalam Bantuan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) menyegerakan pemberian dalam tempoh dua minggu kepada usahawan yang terjejas akibat bencana alam.

Noh Omar, berkata selain itu sebarang syarat yang ditetapkan bagi memohon bantuan ini tidak perlu diberikan melainkan bukti pengesahan terkesan akibat banjir.

Katanya, kerajaan sudah meluluskan bantuan SMEEF 2.0 sebanyak RM100 juta, justeru pelaksanaannya mesti dipermudahkan kerana ia adalah bantuan kecemasan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US