Languages: Others

Pembungkusan, produk berkualiti mampu perluas pasaran

Ripin (lima kiri), Faiz (empat kiri) serta Hafidz (enam kiri) bersama  pemenang bagi Program Micro Connector 2021 serta tetamu lain. Ripin (lima kiri), Faiz (empat kiri) serta Hafidz (enam kiri) bersama pemenang bagi Program Micro Connector 2021 serta tetamu lain

 

MIRI: Inovasi dalam pembungkusan di samping pengeluaran produk berkualiti tinggi mampu membawa usahawan B40 ke peringkat lebih tinggi dan pasaran lebih meluas meskipun hanya beroperasi dari rumah sahaja. 

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat berkata dengan perkembangaan dunia perniagaan hari ini peniaga malah boleh menghantar produk mereka menerusi kurier (dengan melakukan perniagaan secara dalam talian). 

"Golongan usahawan boleh menetapkan satu standard untuk pencapaian mereka iaitu meningkatkan kualiti produk untuk ke pasaran lebih luas. 

"Jangan fokus pasaran setempat sahaja, contohnya seperti di Lawas jangan hanya untuk pasaran Lawas sahaja sebaliknya perlu dipasarkan ke Sabah, Semenanjung Malaysia dan negara jiran Brunei. 

"Pada masa sekarang produk boleh dipasarkan secara online, walaupun bermula di rumah namun boleh mengeluarkan produk lebih berkualiti agar dapat dipasarkan ke peringkat lebih tinggi," katanya sambil menggesa masyarakat usahawan memperluas juga jaringan perniagaan masing-masing. 

Ripin memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Program Penutupan Micro Connector 2021 dan Pembukaan Program Bakepreneur Champion 2022 di sini hari ini.  

Program tersebut merupakan program kolaboratif antara Iana Corporation Sdn Bhd dan SME Corp Malaysia, Sarawak dalam membantu melahirkan usahawan-usahawan baharu kalangan B40 dan mereka yang berminat menjadi usahawan. 

Program kali ini pula memberi fokus kepada pembuatan pastri dan bakeri yang melibatkan seramai 40 peserta pada tahun lalu dan seramai 80 usahawanita pada tahun ini iaitu meningkat 100 peratus. 

"Justeru, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Iana Corporation Sdn Bhd berjaya menganjurkan program ini dengan kerjasama SME Corp Malaysia Sarawak. 

“Ia bertepatan dengan visi dan misi kementerian mahu melahirkan seramai mungkin lapisan usahawan baharu terutama daripada golongan belia di Sarawak," jelasnya. 
 
Dalam pada itu, Ripin mengingatkan peserta terlibat agar memiliki semangat kental dan tidak mudah patah semangat jika mereka benar-benar mahu berjaya kerana ia memerlukan usaha tinggi. 

Mengenai permintaan usahawa terlibat dalam industri makanan mempunyai masalah berhubung tempat beroperasi, terutama jika mahu mendapatkan persijilan diiktiraf, Ripin berkata beliau membawa isu itu kepada kementerian berkaitan. 
 
"Walaupun kita (kementeriannya) fokus kepada usahawan belia namun masalah sama juga boleh dihadapi mereka pada masa akan datang," katanya. 

Turut hadir Pengarah Negeri SME Corp Malaysia Faiz Ramzi Sutardji serta Pengarah Urusan Iana Corporation Sdn Bhd Mohammad Hafidz Rohani.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US