Languages: Others

KUSKOP bantu sektor pelancongan

Tan Sri Noh Omar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Kampung Haji Razali, hari ini. - NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDINTan Sri Noh Omar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Kampung Haji Razali, hari ini. - NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

 

TANJONG KARANG: Bank Rakyat dan SME Corp Malaysia (SME Corp) disaran melakukan penstrukturan semula pinjaman usahawan sektor pelancongan yang terkesan akibat COVID-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata keutamaan wajar diberi kepada golongan berkenaan ketika ini.

"Ia bagi membolehkan mereka kembali berdaya saing dan menguruskan perniagaan lebih baik berbanding sebelum ini.

"Ini peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam memastikan usahawan bangkit terutama dalam sektor pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan majlis berbuka puasa Parlimen Tanjong Karang di Kampung Haji Razali di sini, hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, golongan sama turut digalak mendapatkan pembiayaan Sewa Beli Komersial-i membabitkan pembelian pengangkutan pelancongan.

"Kita menerima aduan banyak pengangkutan terbabit dalam sektor pelancongan seperti bas, kereta, feri dan bot memerlukan pembiayaan untuk beroperasi.

"Usahawan yang ingin membeli kenderaan komersial boleh membuat permohonan terus kepada Bank Rakyat," katanya.

Katanya, pembiayaan Sewa Beli Komersial yang memperuntukkan RM350 juta itu tidak hanya tertumpu untuk membantu sektor pelancongan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi industri kenderaan komersial lain.

"Turut dibantu ialah pembelian mesin kilang, jentera sawah dan keperluan lain," katanya.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US