Languages: Others

‘Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia’ komited perkasa golongan ushawan sasaran

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Bank Rakyat selaku rakan strategik utama meneruskan komitmen untuk memperkasa golongan usahawan sasaran yang terkesan dengan pendemik Covid-19 menerusi penganjuran Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Kota Raja, Selangor. 

Program ni yang bertempat di Pusat Latihan Teknilogi Tinggi (ADTEC) dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Datuk Kamaruzzaman Johari disokong oleh agensi-agensi lain di bawah KUSKOP termasuk TEKUN Nasional (TEKUN) dan SME Corporation Malaysia (SMECorp Malaysia).

Antara program yang diadakan termasuk seminar Kursus Asas Keusahawanan oleh Bank Rakyak, taklimat penerangan dan fungsi serta khidmat nasihat oleh agensi di bawah KUSKOP dan sesi dialog secara lebih dekat bersama Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi KUSKOP.

Selain itu, turut berlangsung sesi penyampaian dana bantuan banjir dan pembiayaan kepada usahawan oleh agensi KUSKOP. Menerusi program ini, Bank Rakyat menyerahkan pembiayaan berjumlah keseluruhan RM175,000.00 kepada lima pelanggan di bawah Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK).

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, program turun padang sebegini adalah antara inisiatif KUSKOP dan agensinya untuk memastikan semua usahawan dan koperasi di setiap pelusuk negara sentiasa diberi sokongan dan bimbingan bagi meneruskan perniagaan mereka meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar.

Antara usahawan menerima Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil Bank Rakyat.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, program turun padang sebegini adalah antara inisiatif KUSKOP dan agensinya untuk memastikan semua usahawan dan koperasi di setiap pelusuk negara sentiasa diberi sokongan dan bimbingan bagi meneruskan perniagaan mereka meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar.

Inisiatif ini juga merupakan platform yang disediakan KUSKOP untuk semua pihak terus berganding bahu dan saling bekerjasama dalam usaha melahirkan ‘Keluarga Usahawan’ yang mana aspirasi ini dapat dicapai dengan kerjasama dari pelbagai pihak seiriing dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’.

Mohamed Zhafran Datuk Abdul Razak, salah seorang penerima Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil Bank Rakyat

Menurut salah seorang penerima Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil Bank Rakyat, Mohamed Zhafran Datuk Abdul Razak yang menjalankan perniagaan inap desa, Astra Orchard Villa di Hulu Langat operasi perniagaannya sangat terkesan dengan penularan pendemik Covid-19 serta bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021.

“Waktu PKP kami memang tidak boleh beroperasi, tambahan pula banjir yang belaku pada Disember 2021 memang menberi kesan kepada inap desa kami kerana kami menggunakan air mata air untuk mengisi kolam Kawasan inap desa kami. Bila bekalan air mata air terputus, kami terpaksa memanggil kontraktor untuk meperbaiki semula saluran tersebut untuk meneruskan perniagaan kami. Kami syukur dengan pembiyaan yang kami terima ini dapatlah kami gunakan untuk menampung kos pembaikan inap desa kami dan secara tidak langsung dapat memberikan semula perkhidmatan terbaik buat pelanggan-pelanggan kami” ujar beliau lagi. 

Sementara itu, penglibatan Bank Rakyat dalam program ini bertepatan dengan komitmennya untuk bersama-sama memulihkan ekonomi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta koperasi yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Bank Rakyat untuk menyemai budaya khidmat dalam organisasi bank koperasi berkenaan bagi terus membantu golongan usahawan sasaran yang terjejas punca pendapatan, sekali gus memacu matlamat negera keusahawanan menjelang tahun 2030 yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Bank Rakyat. – SM

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

AGENCY LINKS

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US