Languages: Others

SEMy2030 dilancar, garis hala tuju pembangunan keusahawanan sosial negara

23 April, Kuala Lumpur - Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau SEMy2030 dilancar hari ini.

Pelan yang dirangka Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, meletakkan sasaran mewujudkan ekosistem keusahawanan sosial menjelang 2030.

SEMy2030 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / FOTO Bernama

Perdana Menteri berkata, perusahaan sosial perlu diperkasa dan dimantapkan peranannya bagi mendepani cabaran dan perubahan luar jangka.

Selain, melonjakkan prestasi mereka ke tahap lebih tinggi seiring dengan keperluan dan tuntutan masyarakat serta alam sekitar.

SEMy2030 menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.

"Tumpuan Rangka Tindakan termasuklah membangunkan kerangka kawal selia dan tadbir urus yang efektif untuk memastikan perusahaan sosial di Malaysia mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti selain membina kepercayaan rakyat dan sektor swasta.

"Selain itu, usaha bersepadu akan diambil untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan penyelarasan serta pemantauan dan pengukuran impak program pembangunan keusahawanan sosial yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi", katanya pada pelancaran SEMy2030 di sini hari ini.

Beliau juga optimis keusahawanan sosial adalah pendekatan yang efektif bagi merangsang pembangunan sosioekonomi dalam kalangan Keluarga Malaysia serta menjamin kemapanan alam sekitar.

Kerajaan juga katanya akan melaksanakan semakan semula dan menambah baik kerangka pendaftaran serta akreditasi perusahaan sosial sedia ada bagi mendapatkan akses lebih luas terhadap bantuan dan peluang berkembang maju ke hadapan.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US