Languages: Others

PM lancar SEMy2030, perkasa usahawan sosial

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar hadir ke Pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 di Lalaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 23 APRIL 202

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030) yang menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.

Menurut beliau, pemerkasaan dan pemantapan usahawan sosial adalah pendekatan  efektif bagi merangsang pembangunan sosio-ekonomi dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Malah pemerkasaan dan pemantapan kumpulan itu juga akan menjamin kemapanan alam sekitar.

Pelan tersebut dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Melalui rangka tersebut, usahawan sosial mampu mendepani cabaran dan perubahan luar jangka, selain melonjakkan prestasi mereka ke tahap lebih tinggi seiring dengan keperluan dan tuntutan masyarakat serta alam sekitar.

“Di sebalik pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi keusahawanan sosial negara, Malaysia berpotensi besar dalam membangunkan lebih banyak perusahaan sosial tempatan.

“Dengan bantuan dan sokongan kerajaan, beberapa perusahaan sosial di Malaysia telah mencapai kejayaan sekali gus menyumbang kepada agenda pembangunan sosioekonomi negara,” katanya dalam ucapan pelancaran SEMy2030.

Pelan tersebut dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Perusahaan sosial membabitkan syarikat yang memberikan peluang pekerjaan kepada kumpulan yang memerlukan seperti orang kelainan upaya, bekas penagih dadah dan bekas banduan.

Ismail Sabri mahu semua pihak yang berkepentingan dalam pembangunan keusahawanan sosial terutamanya agensi awam dan swasta, para pelabur impak sosial serta badan-badan korporat memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang padu dan berterusan.

Perdana Menteri turut berharap lebih ramai generasi muda terutamanya golongan belia serta graduan terlibat dalam perusahaan sosial sebagai golongan pelapis.

Mereka boleh menggembleng idea dan tenaga bagi memperkasakan keusahawanan sosial di Malaysia.

SEMy2030 melibatkan lima teras strategik, 20 strategi dan 45 inisiatif.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan ialah pembangunan kerangka kawal selia dan tadbir urus yang efektif untuk mengukuhkan akauntabiliti serta membina kepercayaan daripada rakyat dan sektor swasta.

Selain itu, Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan semakan semula dan menambahbaik kerangka pendaftaran dan akreditasi perusahaan sosial sedia ada.

Ini bagi membantu perusahaan sosial mendapatkan akses yang lebih luas terhadap bantuan dan peluang untuk berkembang maju ke hadapan.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyaksikan pemberian geran berjumlah RM810,935 oleh SME Corp. Malaysia kepada 12 perusahaan sosial bagi Program SE Basic Scale Up dan Micro Connector.

Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM156,300.00 daripada Uda Holdings Sdn. Bhd, Bank Rakyat, SME Bank dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) kepada empat perusahaan sosial terpilih.

Perusahaan terbabit adalah GoodKids Academy, Rodrell Sdn. Bhd., DIA My Academy Sdn. Bhd. dan MyMedikal Healthcare Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US